Tahniah Majlis Syura Ulama Buat Pemilihan Segera Mursyidul Am

Dato Harun DinSaya mengucapkan tahniah kepada Majlis Syura Ulama yang telah membuat keputusan segera memilih Tuan Guru Dato Harun Din sebagai MursyidulAm PAS bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh almarhum Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas istiqamah beliau dalam parti sehingga ke akhirnya.

Tuan Guru Dato Harun Din adalah Timbalan MursyidulAm sebelum ini. Beliau juga sudah lama di dalam parti. Pelbagai sumbangan idea, harta dan lain-lain sudah banyak diberikan untuk parti. Beliau juga dikenali ramai, dalam dan luar parti.

Alhamdulillah, PAS tidak sunyi dan tidak kosong dari alim ulama yang ada ilmu dan beramal dengan ilmu. Pemilihan ini juga sebagai peneguh bahawa Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mesti terus menjadi Presiden PAS dan memimpin parti ini di saat parti sedang diuji oleh Allah dengan sedikit ujian ini.

Moga Allah memelihara MursyidulAm yang baharu dan kita semua.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu