Selesai Tafsir Surah Al-Fatihah (1 Mac 2012-16 Mac 2017)

rahsia-dan-keistimewaan-surah-alFatihahAlhamdulillah, tafsir surah al-Fatihah selesai dibuat pada 16 Mac 2017 baru-baru ini. Ia adalah kuliah 2 minggu sekali di Surau Taman Geliga Intan, Chukai, Kemaman yang dimulakan pada 1 Mac 2012.

Kuliah Maghrib selama 5 tahun itu menghasilkan 167 siri yang mungkin mengambil masa lebih 80 jam.

 

Surah Al-Fatihah cuma ada 7 ayat tetapi makna, pengertian, falsafah, rahsia di sebaliknya sangat mendalam, jauh dan hebat.

Saya kongsikan dengan mereka yang berminat mendengarnya di bahagian kuliah audio MP3.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu