Selesai Tafsir Surah Al-Baqarah (31 Mei 2009-22 Jan 2017)

surah-albaqarahAlhamdulillah, dengan limpah kurnia dan kesempatan masa yang diberi oleh Allah, saya menyelesaikan tafsir surah Al-Baqarah dalam tempoh lebih 7 tahun, dengan sekali kuliah mengambil masa sekitar 20-30 minit sekali seminggu.

Surah AlBaqarah yang mengandungi hukum yang berkait dengan Aqidah tauhid, serta hukum syarak yang pelbagai, juga mengambil hampir satu pertiga darinya mendedahkan kejahatan, kezaliman dan penyelewengan Bani Israel, agar umat Muhammad tidak terheret sama dengan mereka.

Semoga Allah memelihara kita dari kemurkaanNya.

(Audio penuh di koleksi audio MP3)

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu