Selamat Hari Guru 2016
Sebagai Pengerusi ALP Sekolah Rendah Islam DarulTaqwa Kemaman, saya mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua guru, ustaz, ustazah dan pendidik dalam pelbagai bidang, khususnya para guru di SRIDT, Kemaman.
Sebagai tanda penghargaan, sebiji kek disampaikan kepada Mudir ketika para guru dan murid sedang ‘bertarung’ di padang sempena sambutan Hari Guru 2016.