ombak besar2Chukai, Kemaman 8 Feb 2016- Ustaz Nik Muhammad Nasri, Timb YDP PAS Kemaman mewakili PAS Kemaman menziarahi dan memberi sedikit sumbangan kepada 6 keluarga. Rumah mereka dilanda ombak besar dengan limpahan air besar dan pasir malam tadi di pantai Geliga menyebabkan ada yang terpaksa berpindah.

4 keluarga ditempatkan sementara di sebuah balairaya dan 2 keluarga lagi di Surau Hj Ali, Geliga.

(Gambar: Sumbangan diberi kepada 2 orang ketua keluarga yang ditempatkan di Surau Hj Ali, Geliga)

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu