tazkirahJumaat 1 Jul 2016-PAS Kemaman mengadakan Tamrin Qiadi peringkat kawasan Kemaman dengan tema ‘Ramadhan: Menjana Kekuatan Berjemaah’ yang melibatkan AJK PAS kawasan Kemaman, AJK Dewan Pemuda PAS Kemaman, Urusan Ulama PAS Kemaman dan AJK Lajnah Tarbiah PAS Kemaman. Program diisi dengan pelbagai pengisian. Saya mencatat intisari taujihat yang disampaikan oleh Ustaz Jamaludin Jusoh, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu. (Gambar hiasan: kuliah Subuh Sabtu 2 Julai 2016)

1. Mesti bersyukur kerana bersama dlm program yg disusun secara jamaie oleh jemaah, di samping Ramadhan juga bulan tarbiah dari Alllah

2. Sifat program tarbiah x ramai yg boleh beri komitmen, konsisten

3. Sifat tarbiah ini pnjg, tak memadai dengan tanam bijibenh. Cth tanam pokok, tak sekadar tanam, perlu siram, jaga, kerat batang x guna dll. Mungkin ada buah yg dibuang tetapi sbnrnya cari yg berkualiti.

4. Program kita sgt penting, tak cari alasan utk tidak hadir, bahkan cari alasan utk hadir.

5. Bimbang gugur (tasaqut), sebelumnya futur (cuai, lalai)

6. Kita anggota jemaah x boleh biar diri futur dlm aktvt jemaah.

7. Madrasah Ramadhan sesuai utk semua org walaupun x berjuang, apatah lagi kita yg duduk dlm perjuangan yg yakin bhw perjuangan tak dihampar dgn permaidani merah.

8. Aqidah perjuangan bhw ini sunnatullah. Kita tanya apa kekuatan yg mesti kita cari.

9. Jgn ada niat berhenti dari perjuangan, ikut kapasiti tua atau muda.

10. Kekuatan kita antaranya diambil dlm.bulan Ramadhan. Ramadhan bina ketahanan berjemaah-btk seorg hamba-ikut kehendak Allah

11. Nabi di Mekah hadapi ujian secara peribadi. Di Madinah, ujian secara kolektif-negara Islam

12. Madrasah Ramadhan ajar kita taat sepenuhnya, jadi hamba Allah.

13. Bibitkan rasa cinta akhirat, jadi rindu mahu janji Allah.

14. Perjuangan hingga ke akhirat. Persediaan berkorban setakat mana? Cth para Shbt rasa cinta kpd Akhirat.
Cinta dunia- penyakit besar bagi orang yang berjuang, lebih besar dari org yg x berjuang.
Cth berbuka puasa secara simple

15. Bina ketahanan dari sudut dalaman.melalui ibadat malam, qiam. Rasai kebesaran Allah, makhluk kecil sahaja. Cth Nabi Ibrahim bedepan dgn Namrud. Nabi Musa berdepan dengan Firaun.

16. Istiqamah dari Ramadhan dibawa keluar dari Ramadhan. Keyakinan kepada Allah

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kemaman
SRIDT

12 malam

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu