Liqa Fikri MaqasidSaya membuat sedikit catatan dan ringkasan intipati ucapan DSTG Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam Liqa Fikri PAS Pusat, anjuran Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat pada hari Sabtu 27 Ogos 2016 di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM).

1.
“Pada hari ini, orang kafir telah putus asa (dari memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi ugama untuk kamu…”
Al-Ma’idah: 3

(Gambar: Kehadiran 1100 orang. Hanya duduk di belakang di atas lantai)

2. Syukuri nikmat Islam, bahkan Islam yang lengkap.

3. Tunggak penting Islam ada 2 prinsip dan 2 konsep. 2 prinsip ialah beriman kepada Allah dan beriman kepada Akhirat. 2 konsep ialah taqwa dan Islam sebagai addin yang sempurna.

4. Asas ini dipegang oleh generasi awal Islam sehingga berjaya tegak dan sebarkan Islam. Perkara ini tidak ada dalam agama lain. Dalam tempoh 80 tahun Islam berkembang, ia sampai ke timur dan barat.

5. Islam bersifat futuhat (pembukaan),  bukan imperalis, jajah. Ini datang dari ajaran Islam itu sendiri.

6. Sumber yang menjadi asas mazhab Shafie yang juga sumber dalam Perlembagaan PAS iaitu al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

7. Sumber lain seperti Istihsan dan lain-lain menjadi khilaf tetapi maqasid syariah tetap dihayati oleh para ulama kerana Islam itu tidak jumud.

8. Ulama semasa bernama AsShanqiti berkata walaupun ulama khilaf terima sumber lain tetapi sepakat terima maqasid.

9. Dalam mazhab Maliki, kajian maqasid agak berkembang, mungkin kerana pembukaan negara di sebelah benua Afrika Utara. Dalam mazhab Hanafi juga berkembang.

10. Dahulu tiada alat komunikasi, apabila para Sahabat ditugaskan di tempat yang jauh, mereka berijtihad dalam perkara yang tiada nas. Timbul sumber lain seperti ijtihad. Contoh Muaz bin Jabal yang di hantar ke Yaman, bantu Abu Musa Al Asyaari yang tidak lama bersama dengan Nabi. Nabi bertanya kepada Muaz dengan apa dia berhukum. Muaz jawab: Kitabullah. Nabi tanya: Jika tiada?  Muaz jawab: dengan Sunnah. Nabi tanya: Jika tiada? Muaz jawab: ‘Aku berijtihad..’
Dalam Quran ada dasar umum yang boleh menjadi panduan sepanjang zaman. Nabi tepuk dada atau bahu Muaz: ‘Moga Allah beri taufik kepada utusan Rasulullah menurut perkara yang diredhai Rasulullah’

11. Perbincangan kita tentang maqasid.
Asal dari qasad-matlamt, tujuan, hikmah dari hukum syarak. Tujuan maqasid untuk selesai masalah.
Ajaran lain ada undang-undang sahaja, tapi tidak ada aspek lain. Islam adil, ada nilai dosa pahala.  Aspek spiritual ini menjadikan pemimpin Islam dahulu menjayakan Islam sebagai rahmat ke seluruh alam.
Objektif maqasid-jalb manfaat (tarik kebaikan), dar’u mafsadah (tolak kejahatan).
Dalam dar’u mafsadah dan jalb maslahah ada tahsin manfaat (mengelokkan kebaikan) , taqlil mafasid (kurangkan kerosakan).

12. Tiga golongan manusia terhadap maqasid:                                                                                 

i-tolak maqasid-mazhab Zahiri-pakai nas secara lahir sahaja. Contoh pilihanraya  haram kerana tiada nas-ini melampau.
ii-tasahul (bermudah-mudah)-golongan Islam liberal-banyak lahir di zaman kita, gadai prinsip perjuangan, cari redha bukan Islam
iii-wasatiah (sederhana)-maslahah ada 3:                                                                                        

a-Maslahah Muktabarah (syarak sudah tetapkan seperti puasa didik jadi taqwa, hukum hudud cegah mungkar melalui potong tangan)
b-Maslahah Mulgha (diabaikan)-Contoh matlamat menghalalkan cara-merompak untuk tunaikan haji, rasuah untuk bantu orang lain.                                                                                                                                                             

c-Maslahah Mursalah-di sini dibincang dalam Maqasid Shariyyah, termasuk perkara yang wajib, haram dan haram jadi wajib ketika darurat.

13. Tiga perkara dibincang dalam maqasid:                                                                                  

a-Daruriyyat (keperluan)-rukun hidup. Contoh makan
b-Hajiyyat (kehendak)—tidak ada tidak mengapa, boleh hidup tetapi tidak ermpurna. Contoh nasi bagi orang Melayu.
c-Tahsiniyyat-(aksesori)-menambah baik. Contoh nasi dagang.

14. Imam Ibn Khaldun kata kadang-kadang hajiyyat boleh jadi daruriyyat kerana fiqh waqi’

15. Imam Ghazali dalam Al-Mustasfa, Ibn Taimiah dalam mazhab Hanbali, As-Shaibani, Sahnun dalam mazhab Maliki mengatakan Daruriyyat ada 5-agama, nyawa, akal, keturunsan, harta.
As-Shanqiti tambah satu lagi iaitu maruah

16. Agama-didakwah. Kalau dengan beragama, harta terjejas, dahulukan agama
Jaga agama didahulukan. Para Sahabat Nabi berhijrah kerana pelihara agama
Nyawa-juga penting

17. Isu wajib mudhayyak (sempit), wajib muwassa’ (luas)- Contoh wajib masuk pilihanraya kerana nak tegakkan Islam dengan tunaikan fardhu haji. Pilihanraya sangat hampir. Suara menangkan Islam mesti ada. Fardhu haji boleh ditangguh.

18. Fiqh siasah, fiqh waqi’ berkait dengan sebab turun ayat.
Di sinilah sebab kita bentang RUU 355- bagi orang Islam sahaja berdasarkan ayat Al-Maidah:42
Sebab turun ayat: Pertelingkahan Bani Nadir dan Bani Qquraizah, menyebabkan kena diat. Mereka minta Nabi jatuhkan hukuman. Taurat kata qisas.
Riwayat lain sebut ayat di atas tentang Yahudi yang berzina. Mereka ampu ulama mereka ubah dari hudud kepada lumur arang. Mereka jumpa Nabi, buka Taurat. Turun ayat di atas.
Ulama lain kata ayat ini mansukh
Ulama lain kata ayat perang kekal hingga hari kiamat. Kita tarjihkan pendapat  ia sepanjang masa.
Fiqh waqi’ kata dalam perlembagaan Malaysia tidak hokum orang kafir. Makai a berbetulan dengan pandangan ulama juga.

19. Ada bentuk yang dinamakan Istianah (bantuan dari orang bukan Islam)- ketika Fath (pembukaan) Mekah, Nabi minta senjata dari Hakim bin Hizam. Kalau dilihat sirah, Nabi bekerjasama ketika kuat, ini bererti dari segi siasah, kerjasama ialah sampaikan mesej, bukan hanya mahu kuasa.

20. Tahsin almasalih (perelokkan kebaikan)-zaman dahulu, dakwah ikut suka, tiada peraturan sangat-guru mati, pondok mati. Universiti Alazhar tidak mati kerana ada institusi ulama, orang ada Contoh lain, wujudkan Jemaah tegakkan islam, azan 2 kali, tadbir urusan kewangan seperti khumus. Di zaman Umar alKhattab, Islam kuasai tanah. Banyak tanah. Umar guna maqasid dengan tanah yang banyak diurus oleh kerajaan. Kalau diberi kepada tentera dan lain-lain, mereka akan tinggalkan jihad, sibuk dengan tanah. Khaibar-sebahagian tanah kerajaan yang urus, sebahagian diurus peribadi.
Buku kira-kira dibuat oleh Umar, sistem ata’ (pemberian)-Golongan dapat lebih seperti ahli Badar, Aisyah (kerana kelebihan ayahnya iaitu Abu Bakar), mereka yang masuk Islam lewat dapat kurang.

21. Taqlil mafasid (kurangkan kerosakan)-contoh Tartar bunuh semua orang di Iraq, kuat minum arak, simbah arak dalam masjid. Ibn Taimiah suruh biar mereka mabuk, supaya tidak bunuh orang. Contoh lain, kerja dengan kerajaan zalim.

22. Laksana hukuman-fiqh waqi’-Sahabat mengadu sebatan 100 rotan kepada pesalah yang kurus sangat sampai tulang, ambil 100 ranting, sekali sebat sahaja.

23. Hindraf pernah lawat tok guru, bimbang orang bukan Islam ikut hukum syarak kerana keadilannya.
Pelaksanaan hukum berkait juga dengan fiqh harakah. Islam adalah ajaran ajak manusia selamat dunia akhirat. Maqasid bertujuan untuk laksana Islam, selamatkan.seramai mungkin orang lain.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan
Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu
KUIZM

Sabtu 27 Ogos 2016
10.40 pagi (selesai edit 10.30 malam)

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu