kitabAlhamdulillah, beberapa siri kuliah telah tamat. Ada yang hampir tamat. Ada juga yang baharu dibaca.

Tafsir surah al-Baqarah hampir tamat sejak dibaca mulai 31 Mei 2009. Beberapa surah terpilih sudah tamat sebelum ini. Surah Yaasin sedang dibaca. Hadis Riadhussalihin jilid 1 (terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam JPM) sudah selesai dan disambung dengan jilid ke 2. Kitab sirah NurulYaqin hampir selesai selepas dibaca selama lebih 7 tahun. Kitab Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah juga sudah berada ditajuk terakhir. Ini kitab yang hampir selesai dibaca.

Kitab yang baharu dibaca ialah antaranya kitab mengenai solat qasar dan jamak dan kitab hadis Riadhussalihin jilid ke 2. Kitab-kitab lain terus dibaca dan diajar mengikut jadual masing-masing.

Kesemua kitab yang saya baca dan ajarkan, saya rakam dan dimuatnaik dalam portal saya ini bagi kegunaan pencinta ilmu. Mudah-mudahan Allah menjadikan segalaya ini sebagai sebahagian dari amal soleh yang dapat memberatkan timbangan amal sebelah kanan nanti, insyaAllah.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu