Uncategorized

Kita Menang Walaupun BN Belum Tumbang

kita menangPerasaan bercampur-baul antara sedih dan riang. Di DUN Cukai majoriti lebih 2 ribu PAS menang. DUN Air Putih ada undi Felda yang BN tumpang.  Di DUN Kijal, dengar ceritanya Ahmad Said berkampung di Seri Bandi hari mengundi kerana di situ Myanmar penuh kandang. Di DUN Kemasik, dengar cerita mulanya menang kemudian kalah tipis pula bang? Parlimen Kemaman nampaknya PKR kena buat post-mortem, kaji bagaimana boleh menang. Harapan untuk Terengganu tinggi, tapi 15 kerusi PR dan 17 kerusi BN masih tak stabil, boleh KOCOK dan goyang. Kelantan Alhamdulillah, PAS teruskan perjuangan yang panjang. PAS Kedah sudah lama dimaklumkan mengenai orang Myanmar, daftar di Langkawi, ditrain di Cherating dan dieksport ke kawasan lain tapi dibiarkan, dan lain=lain faktor, akhirnya kecundang? Pulau Pinang solid dan BN boleh bungkus dan terbang. Selangor Alhamdulillah kekal walaupun desas-desus BN mahu rampas, tinggal sembang. Undi popular meningkat dan fakta ini tak boleh diperkecilkan dan ditentang.

Walau apapun keputusan, sebenarnya PAS menang dalam berjuang. Prinsip kita pegang. Tahaluf siasi yang kita ijtihad ada peningkatan dan peluang. Ada pemimpin yang kalah dan menang itulah adat berjuang. Islam tetap kita julang. Peluh yang menitis dan kering ada dalam akaun akhirat jangan bimbang. Kerja Islam diteruskan-sebelum PRU, semasa, selepas dan selamanya sebelum malaikat maut datang.

Hanya Allah yang Kekal dengan kerajaanNya, dan selain itu fana dan hilang. Percayalah, BN hanya menunggu detik dan masa untuk tumbang.

Share: