cinta nabi(kemaskini 2 Jan 2015) Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam.” Rahmat agama dan dunia. Rahmat agama kerana menyelamatkan manusia dari jahiliah dan kesesatan. Rahmat dunia kerana menyelamatkan manusia dari kehinaan dan perpecahan. Rahmatnya Nabi SAW dilihat apabila Halimah binti Abi Zuaib (HalimatusSa’diyyah) membawa pulang Nabi SAW ke perkampungannya. Untanya menjadi laju, hujan turun, bumi menjadi hijau dan subur, kantung susu kambing penuh susu. 40 tahun selepas itu rahmat semakin ketara apabila Baginda diwahyukan menjadi Nabi dan Rasul.  Terima nabi sebagai rahmat, hidup mendapat berkat, dunia akhirat selamat. Tolak Nabi sebagai rahmat, menjadi jahat, mendapat laknat dunia akhirat. Saya berkhutbah Jumaat di Masjid Pasir Minal 3 Feb 2012 mengenai MaulidurRasul ini:

[download id=”758″]
Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu