Khutbah: Nabi Ingatkan 5 Perkara, Antaranya Belanja Hidup Tinggi

5 perkara, antaranya belanja hidup tinggiSaya berkhutbah Jumaat di sebuah masjid di Kuala Terengganu minggu lepas. Saya huraikan sebuah hadis di mana Abdullah bin Umar berkata: Nabi SAW berhadap kepada kami. Sabda Baginda: ‘Wahai kaum Muhajirin! 5 perkara-apabila kamu diuji dengan 5 perkara tersebut, dan aku berlindung dengan Allah bahawa kamu sempat dengan 5 perkara itu:

1. Tidak nyata zina dalam sesuatu kaum, lalu dibuat terang-terangan melainkan merebak di kalangan mereka taun dan penyakit yang belum pernah menimpa mereka yang sebelumnya.

2. Tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan melainkan mereka akan ditimpa kemarau dan sukarnya perelanjaan hidup, serta kezaliman pemerintah ke atas mereka.

3. Tidaklah mereka menahan zakat harta mereka melainkan ditahan hujan dari langit. Kalau tidak kerana binatang, tentu tiada hujan untuk mereka.

4. Tidaklah mereka membatalkan janji Allah dan janji RasulNya melainkan Allah akan menjadikan musuh bukan dari bangsa mereka menguasai mereka, lalu diambil sebahagian harta mereka.

5.Dan selama mana pemerintah mereka tidak berhukum dengan kitab Allah dan memilih-milih hukum Allah, melainkan Allah menjadikan mereka bertelingkah sesama mereka.’

(Hadis riwayat Ibn Majah dalam kitab Al-Fitan, Bab Al-Uqubat 4019/22, j 2 ms 1333. Dalam Majma’ azZawaid: Hadis ini sesuai untuk diamalkan, dan mereka khilaf mengenai Ibn Abi Malik dan periwayatannya)

[download id=”1392″]
Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu