merdeka 55 tahunSempena kemerdekaan, saya ulangsiar artikel ini pada 31 Ogos 2014.

Jumaat 31 Ogos 2012. Saya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal. Khutbah berkisar konsep kemerdekaan sebenar menurut syarak. Merdeka bukan hanya bermakna penjajah keluar dari tanahair tetapi minda mesti dibebaskan dari segala bentuk penjajahan. Ramadhan tempohari mengajar erti kemerdekaan dari hawanafsu, dunia dan pergantungan kepada makhluk. Doa yang dipanjatkan ke hadhrat Allah ialah supaya dibebaskan dan dimerdekakan dari neraka. Merdeka dari neraka ialah apabila bersedia menjadi hamba Allah, tunduk dan taat kepada Allah, termasuk bersedia menerima sepenuhnya syariat Allah. Syariat pula satu pakej, tidak boleh dijuzuk-juzukkan dari segi keimamannya. Syariat terpisah apabila penjajah menjajah tanahair. Bila keluar, kesan dari penjajahan masih tinggal. Selepas 55 tahun merdeka, minda penjajah masih terlekat saki bakinya. Di antara kesan minda penjajahan ialah tidak meyakini kesyumulan syariat itu sendiri.

Contoh mudah, sistem ekonomi Islam boleh diterima tetapi tidak sistem jenayah Islam. Sedangkan sistem ekonomi Islam dibuat dalam keadaan sistem ekonomi kapitalis yang dominan. Saya khutbahkan perkara ini: [download id=”982″]

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu