Bil 145: Menyambut MaulidurRasul (25 Dis 2015) Tamat Untuk Tahun 2015

Ada 76 siri khutbah Jumaat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bahagian ini bagi tahun 2015. Khutbah untuk tahun 2016 saya muatkan dalam Khutbah Presiden PAS 2016.

Terakhir: Bil 145: Menyambut MaulidurRasul (25 Dis 2015)

69) 17 Ramadhan 1434H (26 Julai 2013) Cabaran Dari Pengkhianat Dalam Melaksanakan Al-Quran

al-quranSinopsis: Ramadhan bulan puasa. Ramadhan bulan turunnya al-Quran. Ramadhan bulan ibadah. Ramadhan bulan pengampunan. Ramadhan bulan yang penuh dengan kelebihan. Ramadhan juga bulan pengorbanan. Pelbagai sejarah pengorbanan telah berlaku sepanjang Ramadhan. Bukan sahaja melawan hawa nafsu, tetapi juga melawan musuh yang memerangi Allah danRasulNya. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:
[download id=”1185″]

 

 

.

70) 2 Syawal 1434H (9 Ogos 2013) Selamat Bersama Dengan Islam 

eidSinopsis: Ramadhan baharu sahaja ditinggalkan. Banyak manfaat dan kelebihan dari Ramadhan. Bawalah amalan sepanjang Ramadhan ke luar Ramadhan. Di antaranya ialah kita dekat dengan al-Quran. Ajaran al-Quran bukan hanya untuk Ramadhan. ia bekalan sepanjang hidup. Berpegang dengan ajaran al-Quran dan berpegang dengan Islam, nescaya selamat dunia akhirat. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:

[download id=”1196″]

 

.

71) 9 Syawal 1434H (16 Ogos 2013) Janji Kemenangan Semula Islam

menangSinopsis: Islam agama Allah. Ia tetap akan menang. Cuma sunnatullahnya Islam kekadang di atas, kekadang di bawah. Roda Islam berputar. Kita diperintah sentiasa bersama dengan Islam, samada ketika menang atau kalah, senang atau susah, memerintah atau diperintah. Janji Allah adalah janji yang benar. Kemenangan Islam tetap akan datang. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini:

[download id=”1195″]

.

.

72) 16 Syawal 1434H (23 Ogos 2013) Hukum Al-Quran Menyelesaikan Jenayah

curiSinopsis: Kes jenayah menjadi-jadi termasuk jenayah berat. Pelbagai kaedah dicari, dicuba mengurangkan jenayah tetapi tidak berjaya, bahkan semakin tenat. Mereka lupa kepada Allah yang menjadikan mereka dan menurunkan syariat. Lantas ditinggalkan petunjuk dan meraba-raba mencari penyelesaian seakan-akan tiada hukum yang Nabi Muhammad SAW perjuang, laksana dan tinggalkan buat umat. Kalau demikian, tidakkah mereka ini yang menolak hukum syarak dan menghina serta tidak mahu beriman berhak mendapat laknat? DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai hukum al-Quran yang menajdi penyelamat kepada masyarakat:

[download id=”1198″]

.

73) 23 Syawal 1434H (30 Ogos 2013) Golongan Kuffar Berusaha Halang Islam

R4BIASinopsis: Semenjak adanya Nabi Adam, semenjak itu juga adanya Iblis. Pertembungan antara haq dan batil , benar dan salah, Islam dan jahiliyyah sedari awal lagi telah berlangsung. Terakhir, isu politik di Asia Barat terutama di Mesir memperlihatkan betapa benarnya pertembungan itu berlaku.

DSTG Presiden berkhutbah mengupas isu ini dalam khutbah berikut:

[download id=”1199″]

.

.

.

74) 14 Zulqaedah 1434H (20 Sept 2013) Semangat Dari Ibadat Haji:

hajSinopsis: Musim haji tiba lagi. Berbondong-bondonglah umat Islam menunaikan rukun Islam ke 5 ini. Haji tidak sekadar ibadat ritual tapi penuh dengan hikmah dan erti. Sebelum pergi, semasa menunaikan haji dan sehingga kembali. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai semangat dari badat haji ini:

[download id=”1210″]

.

75) 6 Zulhijjah 1434H (11 Okt 2013) Haji Mengikat Persaudaraan Islam

ibadat hajiSinopsis: Ibadat haji menjadikan bumi Mekah dan Madinah dipenuhi dengan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Umat Islam bertemu di atas nama satu aqidah dan satu agama.

Mereka berbeza bahasa, bangsa dan cara tetapi mereka digabungkan di bawah nama Islam.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai falsafah haji yang pelbagai ini, termasuk persaudaraan Islam dalam ibadat haji:

[download id=”1217″]

.

76) 13 Zulhijjah 1434H (18 Okt 2013) Peluang Berdoa Dalam Setiap Ibadat:

berdoa sepanjang masaSinopsis: Dalam ibadat haji yang baharu sahaja berlalu, kita diajar berdoa di pelbagai tempat sepanjang mengerjakan haji-di Arafah, Muzdalifah, Mina, ketika tawaf, saie dan lain-lain. Selesai ibadat haji bukan bermakna selesai juga berdoa. Doa adalah ibadat. Ia mesti diamalkan sepanjang masa. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:

[download id=”1220″]

.

.

.

77)  27 Zulhijjah 1434H (1 Nov 2013) Hijrah Adalah Perjuangan Melepasi Ujian:

hijrahSinopsis: Nabi SAW menghadapi ujian paling besar berbanding orang lain. Para Sahabat yang bersama baginda juga demikian. 13 tahun di Mekah bukanlah tempoh yang mudah dihadapi jika iman tidak kuat. Sampai masanya, Allah memerintahkan Nabi bersama para Sahabat berhijrah. Hijrah juga sangat mencabar iman. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai persitiwa besar dan mencabar ini seperti berikut:

[download id=”1225″]

.

78) 4 Muharram 1435H (8 Nov 2013) Hijrah Adalah Rahmat Daripada Allah:

hijrah1Sinopsis: Kita masih di awal Muharram 1435H. Sempena tahun baharu hijrah, peristiwa hijrah masih diingati. Hijrah bukan sahaja berpindah, tetapi juga mendirikan negara. Negara yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah. Justeru, peristiwa hijrah itu juga sebenarnya rahmat daripada Allah, walaupun Nabi SAW dan para Sahabat terpaksa bersabung nyawa dan bertarung hidup bagi menunaikan tanggungjawab berhijrah itu. DSTG Presiden PAS menghuraikan perkara ini dalam khutbah berikut:

[download id=”1227″]

.

79) 11 Muharram 1435H (15 Nov 2013) Hijrah Untuk Menyelamatkan Manusia:

hijrahSinopsis: Perjalanan jauh Nabi SAW dari Mekah ke Madinah merentasi padang pasir sejauh mata memandang, menempuh panas terik matahari penuh bahang, meninggalkan kampung halaman serta harta yang disayang, dalam sebuah cerita hijrah seorang pejuang. Hijrah untuk menyelamatkan agama. Hijrah juga untuk menyelamatkan umat manusia. Hijrah adalah kesinambungan sebuah kehidupan penuh makna. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai peristiwa hijrah ini seperti di bawah:

[download id=”1229″]

.

.

80) 10 Safat 1435H (13 Dis 2013) Cara Hidup Islam:

proud-to-be-muslim_bSinopsis: Nabi SAW didatangkan sebagai rahmat bagi sekalian alam. Bersamanya ialah Islam, satu cara hidup yang mesti menjadi anutan manusia. Tiada yang lain kecuali Islam. Manusia terima islam, dia beruntung dunia akhirat. Manusia tolak Islam, dia rugi dunia akhirat. Dalam kelalaian manusia mencari petunjuk dan pedoman, para khatib menjadi pengingat kepada manusia yang lalai. DSTG Presiden PAS mengingatkan tentang perkara ini dalam khutbah berikut:

[download id=”1235″]

.

.

81) 1 RabiulAwwal 1435H (3 Jan 2014) Musim Yang Tidak Menentu:

quds saljiSinopsis: Dunia akhir zaman sekarang melihat pelbagai situasi yang pelik dan luarbiasa. Cuaca di kebanyakan tempat berbeza dengan kebiasaan sebelumnya. Namun cuaca bukan hanya semata-mata cuaca. Ia juga berkaitan dengan keadaan lain yang berlaku di dunia. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini seperti di bawah:

[download id=”1238″]

.

.

.

82) 8 RabiulAwwal 1435H (10 Jan 2014) Kedatangan Nabi Muhammad SAW:

MAULIDUR RASUL 2014Sinopsis: Bulan ini ialah bulan kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW. Kedatangannya membawa rahmat. Kelahirannya membawa berkat. Sirahnya penuh pengajaran dan hikmat. Hidupnya penuh dengan taat. Tuturkatanya sangat cermat. Menuruti perjuangannya menempah tempat selamat di akhirat.

DSTG Presiden PAS mengulas kelahiran Baginda dalam khutbah Jumaat:

[download id=”1239″]

.

.

83) 29 RabiulAwwal 1435H (31 Jan 2014) Berpegang, Beramal Dan Berjuang Dengan Ajaran RasulAllah SAW:

sunnahSinopsis: Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, semua ajarannya mestilah dipegang betul-betul, ibarat menggenggam dengan geraham. Beramal dengan segala perintah dan ajarannya di saat masyarakat jauh dari Islam dan tidak faham. Berjuang sebagaimana Baginda telah menegakkan kebenaran yang dibawa melalui Islam. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1248″]

.

.

84)  7 Rabiulakhir 1435H (7 Feb 2014) Pengaruh Terhadap Penyelewengan Agama:

Allah dan muhammadSinopsis: Nabi SAW meninggalkan al-Quran dan Sunnahnya buat kita. Selama mana kita berpegang kepada kedua-duanya, insyaAllah akan sentiasa terpelihara dari bahaya. Umat yang berpaling dari Islam hanya akan menempah dosa dan neraka. Di dunia ia terseleweng dalam cara hidup dan beragama. Di akhirat ia akan merana dalam neraka buat selama-lamanya. DSTG berkhutbah mengenai penyelewengan agama selepas wafatnya Baginda SAW:

[download id=”1249″]

.

.

85) 14 Rabiulakhir 1435H (14 Feb 2014) Ajaran Allah Yang Penuh Rahmat:

islamSinopsis: Islam agama Allah. Ia dibawa oleh RasulAllah. Sifat Islam penuh dengan kebaikan dan rahmat buat manusia dan alam seluruhnya. Ia bukan agama zalim. ia bukan agama mengongkong kebebasan. Ia bukan agama menindas. Ia agama yang menyelamatkan manusia dunia akhirat. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai Islam agama rahmat seperti di bawah:

[download id=”1250″]

.

86) 21 Rabiulakhir 1435H (21 Feb 2014) Ajaran Ekonomi Islam:

ekonomi islamSinopsis: Islam adalah addin yang menyeluruh. Ajarannya meliputi semua spek hidup-aqidah, ibadah dan tasauf, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Antara kandungan rahmatnya islam itu ialah ia membawa sistem ekonomi paling ampuh dan baik buat manusia seluruhnya. Prinsip-prinsip utama ekonomi Islam yang berasaskan adil dan ehsan serta beberapa prinsip lain sangat didambakan umat manusia kini yang menghadapi krisis kewangan dan ekonomi akibat tidak berpegang dengan ajaran Islam. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai ajaran ekonomi Islam ini:

[download id=”1251″]

.

.

87) 28 Rabiulakhir 1435H (28 Feb 2014) Islam Adalah Risalah Rahmat:

islam rahmatSinopsis: Betapa besarnya rahmat kedatangan Islam dirasai melalui pembawanya Nabi Muhammad SAW. Akhlak, peribadi, ajaran yang dibawa semuanya sebagai rahmat buat manusia dan alam. Sekali lagi DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai Islam sebagai suatu risalah penuh rahmat seperti di bawah:

[download id=”1253″]

.

88) 05 JamadilAwwal 1435H (7 Mac 2014) Pelihara Islam Dengan Ilmu Dan Kefahaman:

iqraSinopsis: Ayat pertama turun kepada Nabi SAW ialah iqra (bacalah). Membaca ialah salah satu jalan mendapat ilmu. Islam memgangkat tinggi orang beriman dan berilmu. Ilmu pula mesti disertai dengan kefahaman yang sebenar. Nabi SAW meninggalkan kepada kita al-Quran dan Sunnah sebagai sumber ilmu. Ia dibawa oleh pewaris Nabi SAW kemudiannya. Berpegang kepada al-Quran dan sunnah serta sumber-sumber lain yang ada otoritinya, dan menurut disiplin ilmu masing-masing akan menyelamatkan manusia bagi memahami Islam dengan cara sebenar. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:

[download id=”1261″]

.

89) 12 JamadilAwwal 1435H (14 Mac 2014) Kembalilah Kepada Ajaran Islam Sebenar:

islam sebenarSinopsis: Islam datang dalam bentuknya yang sangat baik, indah dan sempurna. Nabi SAW yang membawa Islam adalah manusia terbaik dalam sejarah kemanusiaan. Al-Quran yang menjadi mukjizat di zaman Nabi, kemudiannya terus menjadi petunjuk kepada manusia yang mahu selamat di dunia dan akhirat. Jalan Islam itu lurus. Ajarannya jelas. Kalau mahu selamat, ikutlah islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi SAW ini. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:

[download id=”1262″]

.

.

 90) 19 JamadilAwwal 1435H (21 Mac 2014) Kesatuan Dan Kehebatan Umat:

nabi muhammadSinopsis: Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat terbaik, dengan syarat menunaikan kewajiban yang ditentukan. Umat terdahulu berpecah kepada banyak puak, demikian juga umat Nabi Muhammad SAW. Yang selamat adalah yang berpegang kepada ajaran sebenar Nabi Muhammad SAW. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:

[download id=”1265″]

.

.

.

91) 26 JamadilAwwal 1435H (28 Mac 2014) Islam Agama Sempurna:

islam-sempurnaSinopsis: Kita mewarisi Islam dari Nabi SAW. Islam yang dibawa sangat sempurna, meliputi seluruh aspek kehidupan. Dalam lintasan sejarah, Islam cuba dinodai dengan pelbagai cara. Terakhir, umat Islam dihidangkan dengan sekularisme yang kemudian membuahkan beberapa bentuk jahiliah tetapi dengan nama moden. Kita wajib berpegang dengan Islam sempurna yang dibawa oleh Nabi, tidak terikut dan terpengaruh dengan pelbagai fahaman dan kepercayaan karut yang bercanggah dengan Islam itu sendiri. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai Islam sempurna:

[download id=”1269″]

.

92)  4 JamadilAkhir 1435H (4 Apr 2014) Usaha Memadamkan Cahaya Islam:

cahaya islamSinopsis: Islam adalah cahaya buat manusia. Dengan cahaya Islam, manusia dikeluarkan dari semua bentuk kegelapan jahiliah, samada jahiliah dahulu atau moden. Pendokong jahiliah pula berusaha memadamkan cahaya Islam ini dengan pelbagai cara. DSTG Presiden PAS berkhutbah Jumaat mengenai perkara ini:

[download id=”1270″]

.

.

.

93)  11 JamadilAkhir 1435H (11 Apr 2014) Manusia Diselamatkan Dengan Rahmat Allah:

rahmat AllahSinopsis: Manusia berjalan dan mengembara di mukabumi, mengharungi lautan dan menaiki kapalterbang. Yang memelihara mereka dari nahas, jatuh, kemalangan dan lain-lain ialah Allah. Kuasa menentukan sesuatu hanya pada Allah. Dengan rahmatNya manusia dipelihara. Di akhirat, Allah menyimpan 99 rahmat buat manusia, hanya 1 diturunkan rahmat di bumi. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai rahmat Allah yang menyelamatkan manusia:

[download id=”1271″]

.

 94) 18 JamadilAkhir 1435H (18 Apr 2014) Keadilan Islam Dalam Percukaian:

GSTSinopsis: GST akan dilaksanakan di Malaysia pada tahun hadapan iaitu 2015. PAS menentang GST bukan kerana namanya GST (Good And Services Tax), bukan semata-mata kerana ia datang dari kerajaan BN, tetapi ia bercanggah dengan konsep percukaian yang difahami dari ajaran Islam. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai konsep percukaian dalam Islam ini dan pihak Dewan Ulama PAS Terengganu menerbitkan khutbah ini bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang sistem percukaian ini:

[download id=”1272″]

.

.

95) 25 JamadilAkhir 1435H (25 Apr 2014) Jangan Terpengaruh Dengan Taghut:

taghutSinopsis: Allah mengutuskan para Nabi dengan satu tema ‘sembah Allah dan jauhi taghut’. Mengabdikan kepada Allah tidak mungkin berlaku jika dalam masa yang sama bersetuju dengan taghut, sistem taghut, peraturan taghut, tokoh taghut dan pelbagai versi taghut. Dengan tema itulah para rasul mengajak umat masing-masing supaya hanya Allah sahaja dijadikan tuhan yang disembah dan diesakan. Zaman kini juga tidak sunyi dari pelbagai versi taghut. Taghut berasal dari bahasa Arab bererti melampaui batas. Apa sahaja yang melampaui batas dari yang ditetapkan oleh Allah dan rasul mesti disanggah. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai tajuk di atas:

[download id=”1276″]

.

96) 9 Rejab  1435H (9 Mei 2014) Wajib Menegak Dan Mempertahankan Hukum Allah:

shariahSinopsis: Hukum Allah ialah hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam pakej agama terakhir yang lengkap. Manusia pula sebagai khalifah Allah di bumi memikul tugas, di antaranya menegakkan agama itu dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan pilihan tetapi kewajipan. Ia bukan suka-suka tetapi menerima penuh rela. Ia bukan Ia bukan ikut nafsu tetapi menurut wahyu.

DSTG Presiden PAS berkhutbah pada 9 Mei mengenai tajuk di atas:

[download id=”1278″]

.

97)  23 Rejab  1435H (23 Mei 2014) Kemuliaan Islam Dalam Isra’ Dan Mikraj:

isra-mirajSinopsis: Nabi Muhammad SAW makhluk paling mulia di langit dan dibumi. Allah memuliakan lagi Baginda dengan membawanya dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Pelbagai pengalaman yang dilalui tanpa pernah ditempuhi oleh manusia selain Baginda. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai kemuliaan Islam dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj seperti di bawah:

[download id=”1279″]

.

.

98) 12 Shawal  1435H (8 Ogos 2014) Keganasan Regim Israel di Gaza:

gaza in our heartSinopsis: Umat Islam adalah umat yang satu. Sebahagian umat Islam yang ditimpa ujian, ia turut dirasai oleh umat Islam di tempat lain. Ia menjadi tanda iman yang penting. Gaza diserang oleh regim Zionis Israel di bulan Ramadhan dan berterusan hingga Syawal. Umat Islam mesti menunjukkan solidariti dengan umat Islam di Gaza. Mereka berjuang bagi membebaskan diri dari dijajah oleh penjajah yang zalim. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1301″]

.

.

99) 19 Shawal 1435H (15 Ogos 2014) Peristiwa Ahzab Adalah Nikmat Dan Kurniaan

ahzabBulan Shawal masih belum berakhir. Dalam takbir raya tempohari dikumandangkan takbir yang disebut di dalamnya menegnai Ahzab. Mengapa Ahzab? Peristiwa Ahzab di zaman Nabi ada sejarahnya tersendiri, tetapi Ahzab moden sedang berlaku dalam pelbagai bentuk. DSTG Presiden PAS mengupas perkara ini dalam khutbah di bawah:

[download id=”1302″]

.

.

100) 26 Shawal 1435H (22 Ogos 2014) Petunjuk Al-Quran Adalah Mukjizat :

QuranSinopsis: Al-Quran adalah kalamullah. Ia adalah petunjuk buat manusia sepanjang zaman. Mukjizat ini kekal selama-lamanya walaupun selepas wafatnya Nabi SAW. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengnainya seperti di bawah (boleh buka dgn Adobe Reader):

[download id=”1303″]

.

.

.

101) 3 Zulqaedah 1435H (29 Ogos 2014) Halal Dan Baik Kemuliaan Manusia:

halal baikSinopsis: Islam sangat menitikberatkan perkara halal dan baik. Ia berlaku dalam makan minum, pakaian, tempat tinggal dan segala bentuk muamalat dalam kehidupan. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini dalam khutbah berikut:

[download id=”1304″]

.

102) 10 Zulqaedah 1435H (5 Sept 2014) Jati Diri Dlm Menunaikan Al-Amr BilMakruf WanNahyu An-almungkar:

amar-maruf-nahi-mungkarSinopsis: Antara tugas orang mukmin ialah menyuruh yang baik dan melarang kemungkaran. Orang mukmin sama-sama menyuruh yang baik dan melarang kemungkaran. Orang munafiq menyuruh kemungkaran dan melarang yang makruf. Dalam menjalankan tugas itu ada perkara lain yang perlu diambilkira. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini:

[download id=”1310″]

.

103) 8 Zulhijjah 1435H (3 Okt 2014) Ibadat Haji: Syiar Yang Kuat Kepada Umat Islam:

hajiSinopsis: Kita masih berada di bulan Zulhijjah, bulan di mana umat Islam mengerjakan haji. Ia rukun Islam ke 5, dan ia juga menjadi syiar penting buat umat Islam. DSTG Presiden PAS berkhutbah Jumaat sehari dua sebelum eid al adha baru-baru ini mengupas mengenainya dan tidak salah jika khutbah ini terus dibaca pada minggu ini:

[download id=”1326″]

.

.

104) 15 Zulhijjah 1435H (10 Okt 2014) Dakwah RasulAllah Kpd Qabilah Arab:

hajiSinopsis: Ketika musim haji dan menunaikan fardhu haji, Nabi SAW mengambil kesempatan dari ramainya manusia itu untuk menyampaikan Islam.

Ya! Peluang yang ada sentiasa dimanfaatkan untuk menyampaikan Islam.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1330″]

.

.

105) 22 Zulhijjah 1435 (17 Okt 2014) Perjuangan Yang Melahirkan Hijrah:

hijrah 1436HSinopsis: Kedatangan tahun baru islam ditandai dengan peristiwa hijrah. Hijrah bermula dari sebuah perjuangan panjang, mulai dari Nabi Adam sehingga diwarisi oleh Nabi Muhammad SAW dan umatnya. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai peristiwa penting ini seperti di bawah:

[download id=”1331″]

.

.

.

106) 14 Muharram 1436H (7 Nov 2014) Pencerobohan Masjid Al-Aqsa:

alAqsaSinopsis: Masjid al-Aqsa dan sekitarnya sentiasa bergolak, tidak pernah sunyi dari kezaliman musuh manusia dan musuh Allah.

Terbaharu, apabila Masjid al-Aqsa diceroboh oleh Yahudi Zionis. Isu ini bukan hanya isu umat Palestin tetapi isu umat Islam juga.

DSTG Presiden PAS mengupas perkara ini dalam khutbah berikut:

[download id=”1332″]

.

.

107) 21 Muharram 1436H (14 Nov 2014) Islam Agama Yang Benar

islam agama benarSinopsis: Manusia di bumi mesti beragama agar agama itulah yang membimbing mereka ke arah kebaikan. Tidak ada agama yang benar melainkan Islam. Keyakinan ini mesti berada dalam diri setiap manusia yang mahu selamat di dunia dan akhirat.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini:

[download id=”1333″]

.

108) 5 Safar 1436H (28 Nov 2014) Golongan Munafiq

munafiqSinopsis: Di antara manusia, ada yang benar dalaman dan luarannya. Itulah orang mukmin. Di antaranya orang yang jelas engkarnya luaran dan dalaman. Itulah orang kafir. Golongan ketiga ialah mereka yang zahirnya mengucap 2 kalaimah syahadah, beramal dengan amalan Islam tetapi dalamannya tidak yakin dengan janji Allah dan Islam. Itulah munafiq yang sebenar.

Sementara orang mukmin yang ada ciri munafiq, maka wajiblah dia meninggalkan ciri nifaq itu agar dirinya benar-benar mukmin.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai golongan munafiq ini seperti di bawah:

[download id=”1335″]

.

109) 12 Safar 1436H (5 Dis 2014) Islam Dalam Keadaan Dagang

hadis-09Sinopsis: Islam adalah agama para Nabi dan Rasul. Ia dibawa kepada umat masing-masing. Nabi SAW adalah nabi terakhir. Islam menjadi gemilang di zaman baginda. Selepas beberapa lama, Islam kembali dagang dan asing. Berbahagialah orang yang berpegang dengan Islam yang sudah menjadi asing dan dagang itu. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini seperti di bawah:

[download id=”1345″]

.

110) 19 Safar 1436H ( 12 Dis 2014) Perancangan Yahudi Terhadap Umat Islam

yahudiSinopsis: Yahudi adalah musuh lama umat Islam. Allah mengingatkan mengenai kejahatan dan perancangan mereka terhadap umat Islam.

DSTG Presiden berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1346″]

.

.

.

.

111) Bil 111: 26 Safar 2014 (19 Dis 2014) Tanda-Tanda Kemusnahan Dunia

dunia musnahSinopsis: Dunia ini milik Allah. Ia mesti diurus menurut kehendak Allah. Sebarang penyelewengan menguruskannya mengakibatkan kemusnahan dunia dalam pelbagai bentuk. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1347″]

.

.

.

Bil 112) 11 RabiulAwwal 1436H (02 Jan 2015) Kedatangan Nabi Muhammad SAW

MuhammadSinopsis: Di bulan RabiulAwal ini, kita menyambut kelahiran manusia agung. Pembawa risalah benar, menjadi obor penyuluh kepada kehidupan manusia. Muhammad SAW dilahirkan menjadi rahmatan lil alamin. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW ini seperti di bawah:

[download id=”1349″]

.

Bil 113) 18 RabiulAwwal 1436H (09 Jan 2015) Kerasulan Muhammad SAW

MuhammadSinopsis: Kelahiran Muhammad SAW masih diingati. Sifat-sifat peribadinya diteliti. Lahirnya membawa Islam agar manusia menjadi hamba sejati. Menyembah hanya kepada Allah, Rabbul Izzati. Menerima Islam sebagai syariat yang dituruti. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai kerasulan Muhammad SAW seperti di bawah. Sila ikuti:

[download id=”1350″]

.

.

.

Bil 114) 25 RabiulAwwal 1436H (16 Jan 2015) Islam Tetap Dipelihara oleh Allah

AllahuakbarSinopsis: Islam agama Allah. Apabila ia adalah agama Allah, ia akan dijaga oleh Allah. Sebarang cubaan menentang, menolak, melawan Islam, hanyalah akan membinasakan diri sendiri. Melalui para nabi dan rasul, Islam itu dibawa dan berkembang. Ia akan berterusan sehingga ke akhir zaman. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini seperti di bawah:

[download id=”1351″]

.

.

.

Bil 115) 2 RabiulAkhir 1436H (23 Jan 2015) Akibat Meninggalkan Syariat Allah

syariat AllahSinopsis: Allah menurunkan manusia ke bumi. Ia disertai dengan agama meliputi aqidah dan syariat. Mereka yang menerima, berpegang, beramal dengan syariat Allah akan selamat. Mereka yang menolaknya menjadi sesat. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1354″]

.

.

.

Bil 116) 9 RabiulAkhir 1436H (30 Jan 2015) Pilihan Manusia Sebagai Khalifah

khalifahSinopsis: Allah memilih manusia sebagi khalifah di bumi. Ada tanggungjawab dan ada perkara besar yang dituntut dari mereka. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1355″]

.

.

.

.

Bil 117) 16 RabiulAkhir 1436H (6 Feb 2015) Iman, Islam, Ihsan

islam__iman_dan_ihsanSinopsis: Agama ini mempunyai beberapa komponennya. Iman, Islam, Ihsan. Iman berkait dengan pegangan dalaman manusia. Islam melibatkan amalan zahir seseorang. ihsan adalah satu tahap lebih tinggi bagi mencapai kesempurnaan. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini seperti di bawah:

[download id=”1356″]

.

.

.

Bil 118) 8 JamadilAwal 1436H (27 Feb 2015) Umat Yang Adil Dan Pilihan

alBaqarah 243Sinopsis: Allah mengurniakan nikmat besar kepada umat Muhammad SAW sebagai umat yang adil dan pilihan, mengatasi umat-umat lain. Nikmat ini mesti digunakan sebagai tanda mensyukurinya, bukan mengkufurinya.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai umat adil dan pilihan ini seperti di bawah:

[download id=”1365″]

.

Bil 119) 1 JamadilAkhir 1436H ( 27 Mac 2015) Sifat Golongan Khawarij

khuwarijSinopsis: Islam adalah agama benar, tidak bengkok, tidak melampau, tidak mencuaikan. Dalam sejarah ada golongan Khawarij. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya dan mengambil pelajaran darinya:

[download id=”1390″].

.

Bil 120) 20 JamadilAkhir 1436H ( 10 Apr 2015) Beramal Dengan Kitab

quranSinopsis: Al-Quran diturunkan sebagai kitab petunjuk, pembimbing dan perlembagaan hidup. Ia bukan sahaja untuk dibaca.

DSTG Presiden PAS mengingatkan tentang perkara ini dalam khutbah Jumaatnya bertarikh 10 Apr 2015 seperti di bawah:

[download id=”1391″]

.

.

.

Bil 121) 27 JamadilAkhir 1436H ( 17 Apr 2015) Kekuasaan Allah Dlm Isra’ Mikraj

israk mikrajSinopsis: Israk Mikraj adalah antara peristiwa penting yang dilalui oleh Nabi SAW. Ia bukan peristwa kosong, hanya untuk Nabi atau berlalu begitu sahaja. Di dalamnya pelbagai pengajaran dapat dikutip. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai peristiwa besar ini:

[download id=”1399″]

.

.

.

Bil 122) 12 Rejab 1436H ( 1 Mei 2015) Isra’ Dan Mikraj Sebagai Ujian 

Israk Mikraj2Sinopsis: Isra’ Mikraj masih diingati. Pengajaran, iktibar dan hikmah disebaliknya dihayati. Perjalanannya sangat hebat dilalui oleh Nabi. DSTG Presiden PAS berkhutbah tentang Isra’ Mikraj dengan mengambil darinya pelbagai intipati. Dengarlah khutbahnya seperti berikut dan teliti:

[download id=”1401″]

.

Bil 123) 19 Rejab 1436H (8 Mei 2015) Gangguan Dalam Peristiwa Isra’ Dan Mikraj

Isra MikrajSinopsis: Nabi SAW menemui pelbagai cabaran, dugaan dan gangguan dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Kita juga menghadapi perkara tersebut. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1403″]

.

.

Bil 124) 26 Rejab 1436H ( 15 Mei 2015) Bait alMaqdis Menjadi Ujian Kpd Umat Islam

al_aqsa_mosqueSinopsis: Dalam peristiwa Isra’ Mikraj, Bait alMaqdis menjadi tempat transit Nabi SAW di antara langit dan bumi. Bait alMaqdis bukan hanya disebut dalam peristiwa ini tetapi mempunyai indikator penting hingga hari Qiamat. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1402″]

.

.

.

Bil 125) 4 Syaaban 1436H ( 22 Mei 2015) Punca Kelemahan Umat Islam 

sebab umat Islam mundurSinopsis: Umat Islam perlu mengambil iktibar yang sangat banyak dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kekuatan umat Islam ialah apabila mereka berpegang kepada petunjuk al-Quran dan hadis. Nabi ditunjuk pelbagai perkara dalam perjalanan itu.

DSTG Presiden PAS masih berkhutbah mengenai pengajaran dari peristiwa Isra dan Mikraj ini seperti berikut:

[download id=”1404″]

.

.

.

Bil 126) 2 Ramadhan 1436H ( 19 Jun 2015) Fadhilat Ramadhan

RamadhanSinopsis: Kita berada di bulan Ramadhan penuh berkat, diliputi pelbagai rahmat, buat hambaNya yang taat. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai kelebihan Ramadhan ini seperti berikut:

[download id=”1405″]

.

.

Bil 127) Hikmah Diturunkan Al-Quran ( 26 Jun 2015)

QuranSinopsis: Ramadhan bukan sahaja bulan umat Islam berpuasa tetapi juga bulan turunnya alQuran. Al-Quran pula bukan hanya untuk dibaca dan dilagukan tetapi untuk diamal dan dilaksanakan. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1406″]

.

.

.

Bil 128) Ahli Badar Semulia-Mulia Orang Beriman ( 3 Jul 2015)

BadarSinopsis: Di antara peristiwa penting dalam bulan Ramadhan ialah Perang Badar. Orang beriman yang awal, baharu sahaja berhijrah ke Madinah tetapi ditakdirkan pula berperang di Badar dalam bulan yang mulia ini. DSTG Presiden PAS menghuraikannya dalam khutbah berikut:

[download id=”1407″]

.

Bil 129) Kelebihan Bulan Ramadhan (10 Jul 2015)

ramadhan karimSinopsis: Ramadhan datang dan pergi. Kedatangannya membawa seribu rahmat dan berkat. Perginya membawa seribu kesedihan dan kedukaan buat orang mukmin, Ramadhan punya pelbagai kelebihan.

DSTG Presiden berkhutbah mengenai kelebihan Ramadhan ini seperti di bawah:

[download id=”1409″]

.

Bil 130) Peperangan Ahzab Adalah Ujian (17 Jul 2015)

ahzabSinopsis: Dalam takbir eid alfitr, kita membesarkan Allah dan memujiNya. Kita juga melafazkan kekuasaan Allah yang menghancurkan bala tentera Ahzab dengan mudah tanpa perlu kepada bantuan sesiapa. Ahzab bukan sahaja berlaku di zaman Nabi, tetapi ia berlaku di sepanjang zaman. Masa berbeza, tempat berlainan, orang tak sama tetapi ciri-ciri Ahzab terus ada yang menjadikan orang mukmin sentiasa awas dan sedar mengenainya.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai Ahzab ini pada 1 Shawal tempohari seperti di bawah:

[download id=”1410″].

.

Bil 131) Bulan Memperkasakan Umat Islam (24 Jul 2015)

ibadah-hajiSinopsis: Puasa di bulan Ramadhan, Eid alFitr, ibadat haji adalah di antara ibadat yang menjadi syiar bagi mentarbiah dan memperkasakan umat Islam, meneguhkan iman, menguatkan iltizam mereka bagi meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di bumi. DSTG Presiden PAS berkhutbah tentang perkara ini seperti di bawah:

[download id=”1423″]

.

.

Bil 132) Serangan Tentera Ahzab (7 Ogos 2015)

Perang Al-AhzabSinopsis: Musuh Islam sentiasa beusaha memusnahkan islam dengan pelbagai cara. Mereka bergerak dan bekerja dalam pasukan dan kumpulan. Pasukan dan kumpulan inilah yang telah lama disebutkan sebagai Ahzab. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:

[download id=”1425″]

.

.

.

Bil 133) Pengajaran Dari Bulan-Bulan Yang Mulia (14 Ogos 2015)

zulhijjahSinopsis: Zulqaedah menjelma. Zulhijjah akan menyusul. Jemaah haji mula bergerak ke tanah suci sedikit demi sedikit. Allah menjadikan bulan-bulan yang mulia untuk hambaNya menjadi mulia dengan cara mentaatiNya. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainyaseperti di bawah:

[download id=”1426″]

.

.

.

Bil 134) Haji-Syiar Kekuatan Umat Islam (21 Ogos 2015)

haji-mabrurSinopsis: Ibadat haji bukan ibadat ritual seperti yang difahami oleh setengah orang. Ia menjadi rukun Islam ke 5, dan disebaliknya ada falsafah dan hikmah besar bagi umat Islam. Ia menjadi syiar kekuatan umat Islam. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1434″]

.

.

.

.

Bil 135) Haji-Menyahut Seruan Nabi Ibrahim (28 Ogos 2015) 

maqam ibrahimSinopsis: Ibadat haji adalah ibadat yang sangat lama. Nabi Ibrahim diperintah mebangunkan Kaabah, menyeru manusia agar datang menunaikan haji ke Mekah. Seruan Nabi Ibrahim adalah benar sebagaimana seruan Nabi Muhammad SAW mengajak manusia agar beriman dan mentaati Allah. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1436″]

.

.

.

Bil 136) Suara Islam Dari Ibadat Haji (4 Sept 2015) 

talbiahUmat Islam yang akan mengerjakan haji sedang beramai-ramai menuju ke tanah suci. Lambaian Kaabah memanggil mereka. Ucapan yang akan dikumandangkan dalam bentuk talbiah menggambarkan kesediaan seorang Muslim tunduk kepada perintah Allah. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai falsafah ibadat haji ini seperti di bawah:

[download id=”1440″].

.

Bil 137) Islam Membawa Kebaikan Dunia Dan Akhirat (25 Sept 2015)

kebaikan dunia akhiratSinopsis: Umat Islam baharu sahaja menyelesaikan ibadat haji. Banyak iktibar yang boeh diambil dari peristiwa bersejarah ini. Ibadat haji disucikan dari pelbagai khurafat ibadat jahiliah selepas diwarisi dari Nabi Ibrahim as.

DSTG Presiden PAS berkhutbah dalam beberapa isu yang berkaitan:

[download id=”1452″].

.

Bil 138) Janji Syurga Dan janji Kemenangan Di Dunia (2 Okt 2015)

tok guru haji hadiSinopsis: Islam ialah agama yang membawa kesejahteraan dunia dan akhirat. Manusia yang menunaikan tanggungjawabnya di dunia dijanjikan oleh Allah dengan syurga penuh nikmat di akhirat kelak. Dalamasa yang sama, Allah juga menjanjikan kemenangan buat umat Islam yang berjuang menegakkan agamanya di dunia dengan diberi kemenangan dan kekuasaan memerintah.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1456″].

.

Bil 139) Hijrah Dan Janji Kemenangan Islam (23 Okt 2015)

haji hadi dan harun dinSinopsis: Hijrah bukan hanya bermakna tubuh berpindah dari Mekah ke Madinah, bahkan ia lebih jauh dari itu. Hijrah bermakna membawa Islam, dari bersifat peribadi kepada yang lebih luas.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai hijrah dan janji kemenangan Islam seperti di bawah:

[download id=”1502″]

.

.

Bil 140) Persaudaraan Dalam Islam (6 Nov 2015)

persaudaraan islamSinopsis: Tahun baharu hijrah mengingatkan kita tentang penghijrahan Nabi dan para Sahabat dari Mekah ke Madinah. Sahabat Muhajirin dipersaudarakan dengan sahabat Ansar. Asasnya ialah Islam, bukannya Arab atau asas-asas lain yang longgar. Kasih kerana Allah sebagaimana benci juga kerana Allah. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1520″]

.

.

.

Bil 141) Berpegang Dengan Pesaka Rasulullah SAW (13 Nov 2015)

alquran dan assunnahSinopsis: Nabi SAW telah meninggalkan kepada kita 2 petunjuk- alQuran dan asSunnah yang menjadi pegangan sebenar umat Islam sepanjang zaman. Selagi mereka berpegang dengan petunjuk ini, selagi itulah mereka tidak akan sesat. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai perkara ini seperti di bawah:

[download id=”1527″]

.

.

Bil 142) Berpegang Dengan Tali Allah (20 Nov 2015)

tali AllahSinopsis: Al-Quran adalah mukjizat buat Nabi SAW untuk dibacakan, diajarkan kepada umatnya. Mereka yang berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dijamin selamat dunia akhirat. Ia meliputi semua aspek kehidupan. Perkara i ni bukanlah isu baharu tetapi ia adalah perkara asas yang sering diabaikan. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya:

[download id=”1541″].

.

Bil 143) Sistem Islam Dinobat, Kejahatan Kuffar Disekat (12 Dis 2015)

islam sebagai sistemSinopsis: Islam datang sebagai agama syumul, lengkap dan meliputi seluruh sistem. Golongan kuffar pula yang bencikan Islam tidak akan diam bagi memadamkan cahaya Islam. DSTG Presiden PAS berkhutbah Jumaat mengenainya seperti di bawah:

[download id=”1568″]

.

.

Bil 144) Kedatangan Nabi Dan Hidayah Allah (18 Dis 2015)

maulidur-rasulSinopsis: Umat Islam menyambut kelahiran Nabi SAW di bulan Rabiulawwal ini. Kelahiran yang membawa rahmat. Kelahiran yang membawa berkat. Kelahiran yang membawa petunjuk untuk umat sejagat.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai kelahiran agung ini:

[download id=”1569″].

.

Bil 145) Menyambut MaulidurRasul (25 Dis 2015)

salam-maulidurasul-1437Sinopsis: Kita masih berada di bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan masih dibuat mengenang jasa dan peribadi yang agung. Namun perlu diketahui dan difahami mengenai kelahiran yang bukan sebarangan ini. DSTG Presiden PAS berkhutbah Jumaat mengenainya:

[download id=”1575″]

.

Tamat Untuk Tahun 2015

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu