Khutbah Jumaat: Jangan Tertipu Dengan ….

kata-kata Hatim Al-AsomSaya berkhutbah Jumaat hari ini 8 Apr 2016 di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman. Saya petik kata-kata Hatim Al- Asom (Antara ulama Ahli Sunnah abad ke 3, asal Balkh, Khurasan, bersahabat dengan Shaqiq al-Balkhi, meninggal 237H): ” Jangan tertipu dengan tempat yang baik. Tiada tempat paling baik dari syurga, sedangkan Adam telah menemui apa yang dia temui. Jangan tertipu dengan banyaknya ibadah, kerana iblis-selepas lamanya beribadat-dia bertemu dengan apa yang dia temui. Jangan tertipu dengan banyaknya ilmu, kerana Bal’am tahu nama Allah Yang Mulia, tetapi lihatlah apa yang dia temui. Jangan tertipu dengan dapat melihat orang soleh, kerana tiada seorang lebih tinggi darjatnya di sisi Allah melebihi Nabi SAW, malangnya kaum kerabat dan musuhnya tidak mengambil manfaat dari bertemunya mereka dengan Baginda.”

[download id=”1695″]

 

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu