Khutbah Jumaat: Hijrah Dari Murka Kepada Redha Allah

hadisSaya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman hari ini, Jumaat 16 Okt 15. Saya huraikan hadis di bawah:

Daripada Abdullah bin Amru bin Al As, katanya: RasulAllah saw berkhutbah kepada kami, sabdanya: ‘ Aku ingatkan kamu jangan zalim kerana kezaliman itu kegelapan pada hari kiamat. Aku ingatkan kamu jangan cakap/buat perkara keji kerana Allah tidak kasih kepada perkara keji. Aku ingatkan kamu jangan bakhil. Sesungguhnya sifat bakhil telah menyebabkan umat sebelum kamu binasa. Dia menyuruh mereka putuskan silaturrahim, mereka putuskan. Dia suruh mereka kedekut, mereka kedekut. Dia suruh mereka buat jahat, mereka buat jahat.’ Kata periwayat hadis: ‘Seorang lelaki bangun, lalu katanya: ‘Wahai RasulAllah! Apakah amalan Islam paling baik?’ Jawab Nabi: ‘Orang Islam lain selamat dari bencana lidah dan tanganmu.’  Lelaki tadi atau yang lain bangun, lalu bertanya: ‘Wahai RasulAllah! Apakah hijrah yang paling baik?’ Jawab Nabi: ‘Engkau tinggalkan perkara yang dibenci oleh Tuhanmu. Hijrah ada dua, hijrah orang tinggal di bandar (iaitu yang ada kediaman, harta) dan orang pedalaman (tiada rumah). Hijrah orang pedalaman ialah dia perkenankan apabila diajak, taat bila diperintah. Orang di bandar, ujian hijrahnya lebih berat da lebih besar pahalanya.’ Musnad Imam Ahmad  jilid 2, ms 159.

[download id=”1457″]
Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu