Khutbah Jumaat: Al-Quran, Perlembagaan Yg Ditinggalkan

Perlembagaan Malaysia(kemaskini 21 Jun 16) Allah menurunkan al-Quran pada bulan Ramadhan. Sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia. Kemudiannya secara berperingkat menurut suasana, keadaan, keperluan dari semasa ke semasa dalam tempoh 23 tahun. Al-Quran adalah petunjuk, tapi bukan sebarang petunjuk. Petunjuk yang telah mengubah suasana jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW kepada satu keadaan masyarakat bertamaddun tinggi sangat hebat dalam sejarah kemanusiaan. Mereka hebat kerana menuruti al-Quran. Namun, manusia kini jatuh semula ke dalam lubuk jahiliyyah moden apabila al-Quran ditinggalkan. Allah berfirman, bermaksud: “Dan Rasul (Nabi Muhammad SAW) bersabda: Sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini sebagai sesuatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.” al-Furqan: 30.

Bagaimana bentuk al-Quran ditinggalkan? Ada beberapa bentuk al-Quran ditinggalkan (Ibn Kathir j3 ms 423):

khutbah Jumaat: [download id=”158″]

-Apabila alQuran dibaca, mereka bercakap perkara lain supaya tak dengar bacaan al-Quran

-tak beriman, tak membenarkan

-tak tadabbur/ fahami

-tak beramal, tak junjung perintah/ jauhi larangan

-berpaling kepada yang lain.

Seorang ulama lain berkata (atTafsir al-Munir j 19 ms 55):

-tak dengar, tak beriman

-tak beramal sekalipun akui dan beriman

tak jadikan al-Quran sebagai hakim atau pemutus hukum

-tak tadabbur dan tak faham makna

-tak jadikan al-Quran sebagai ubat atau penyembuh penyakit, tak berubat untuk penyakit hati.

Tapi ada bentuk meninggalkan al-Quran itu yang lebih ringan dari yang lain dan ada yang lebih berat.

Huraian lain dalam khutbah.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu