Khatam Kitab ‘Bahtera Penyelamat Dlm Kehidupan Pendakwah’ Dan Sirah Nurulyaqin

kuliahAlhamdulillah, hari Selasa (20 Okt 2015), 2 buah kitab dikhatamkan. Kitab ‘Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah’ karya almarhum Ustaz Fathi Yakan, seorang pemimpin besar gerakan Islam. Saya baca dan kupas. Huraiannya boleh diikuti di bahagian audio mp3. Saya mengambil masa 10 tahun untuk menghabiskan kupasan dari kitab tersebut.

Kitab kedua ialah Sirah Nurulyaqin karya Sheikh Khudari Bik. Kitab ini dibaca di Masjid Sultan Mizan, Kerteh. Ia mengambil masa selama lebih 8 tahun untuk dikhatamkan. Audio mp3 nya juga boleh diikuti.

Mencari ilmu wajib. Ia perlu kepada istiqamah, kesungguhan dan keinginan dari dalam diri. Merasa seronok dan lazat dengan ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah adalah antara ciri orang mukmin. Moga kita termasuk di kalangn mereka yang seperti itu.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu