Kenali Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

bersama Tok Guru Hj HadiSaya membaca komen yang sangat banyak dalam fb, tetapi secara negatif yang keterlaluan terhadap Tok Guru dan peribadinya. Kadang-kadang komen itu tidak ada nilai akademik dan akhlak langsung.

Saya tidak mengatakan Tok Guru hebat dalam segala perkara, tetapi kalau anda kenali beliau secara dekat atau jauh, tentu anda tidak dengan mudah memperlekehkan seorang ulama yang berjuang mahu menegakkan Islam seperti beliau. Bagi saya, beliau adalah orang alim dan pemimpin politik yang mampu meminpin, bukan sahaja PAS tetapi Malaysia.

Sedikit biodata beliau:

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mendapat pendidikan sehingga ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah (1969-1973) dan menerima Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir (1974 hingga 1976 )

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

1) Anugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39

2) Anugerah ‘Tokoh Alim Rabbani’ oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand pada 15 April 2011. Beliau merupakan individu luar Thailand yang
pertama mendapat pengiktirafan tersebut.

PENGALAMAN MEMIMPIN DI DALAM MASYARAKAT & POLITIK.

1) Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah

2) Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah

3) Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

4) Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978

5) Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu pada 1982

7) Setiausaha Ranting (sekarang dikenali sebagai Cawangan) PAS kampung Rusila, Marang

8) Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu

9) Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

10) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (mulai1977)

11) Ahli Parlimen Marang (2004-kini)

12) ADUN Rhu Rendang (1982-kini)

13) Menteri Besar Terengganu (1999-2004)

14) Timbalan Presiden PAS mulai tahun 1989

15) Memangku seketika jawatan Presiden PAS pada Jun 2002

16) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin berpusat di Amman, Jordan pada 1990.

17) Ahli al-Majma’ al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam) berpusat di
Tehran, Iran.

18) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam Sedunia, berpusat di Istanbul, Turki pada 1994.

19) Presiden PAS (2003-kini)

20) Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (2014-kini)

PENGLIBATAN BELIAU DI ARENA ANTARABANGSA

Tuan Guru mempunyai pengalaman yang sarat dalam Gerakan Islam dan penglibatan di peringkat antarabangsa. Semasa beliau belajar di Madinah,
beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan
Sheikh Said Hawwa menjadi mentor Siasah Syar’iyyah beliau. Beliau turut belajar dari Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwanul Muslimin waktu itu.

Diantara penglibatan beliau di arena antarabangsa ialah:

1) Memberi sokongan terhadap Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS).

2) Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimin dalam membela isu Palestin Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.

3) Mengetuai delegasi ahli Parlimen PAS serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang

4) Menyertai delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha
Agung PBB, Boutros Boutros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.

5) Bersama pemimpin gerakan Islam yang lain ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk.

6) Menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia
dari Afghanistan.

7) Sering diundang menghadiri Ijtima’ Am yang dianjurkan Parti Islam Pakistan (Jamaat-e-Islami) dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti
Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Bulan Bintang.

8) Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.

9) Mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada 1996.

10) Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk ‘Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya’ di Persidangan Antarabangsa
Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu
membincangkan konflik terkini yang berlaku di AsiaBarat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.

11) Mewakili gerakan Islam Malaysia (PAS) ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013.
Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannoushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled
Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin
Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud
Ahmadinejad (Iran).

KARYA PENULISAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI:

1) Islam Satu-satunya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014

2) Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82, Penerbitan Harakah, 2014

3) Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Jundi Resources, 2012

4) Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012 5) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011[39]

6) Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.

7) Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010 [40]

8) Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.

9) Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.

10) Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009

11) Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008 Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008

12) Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.

13) Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007.

14) Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007. Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.

15) Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.

16) Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.

17) Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.

18) Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.

19) Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.

20) Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.

21) Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.

22) Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005

23) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004

24) Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003

25) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.

26) Khutbah Jumaat & Hari Raya: Dari Mimbar Masjid Rusila : As-Syabab Media, 2002

27) Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.

28) Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002

29) Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam Terengganu, 2002

30) Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.

31) Tafsir Surah Yaasin : Penerbitan Muttaqin, 2000

32) Isu Hudud : Haji Hadi jawab Mahathir : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.

33) Antara Wawasan dan Jumud : Lujnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau, 1993

34) Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk : Jabatan Penerangan, Penyelidikan dan Dkawah PAS Pusat, 1991. Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Dewan Pemuda PAS Malaysia & G.G Edar, 1988

35) Muqaddimah Aqidah Muslimin : Gedung Gua, 1985

36) Hizbullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984

37) Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I. Paul Wedel dengan Haji Abdul Hadi b. Hj. Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984

Moga terus memimpin Parti Islam Semalaysia ( PAS )

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu