Jaulah Murabbi (Menziarahi Pimpinan) DPPKK Ke Rumah TYDP PAS Kemaman

jaulah murabbi DPPKKSaya berbesar hati menerima kunjungan dari 26 orang pemuda dari 4 DUN mewakili Dewan Pemuda PAS Kemaman dalam satu program yang dipanggil ‘Jaulah Murabbi’ iaitu menziarahi secara bergilir ke rumah pimpinan PAS kawasan Kemaman. Rumah YDP PAS Kemaman, Ust Alias Hamid sudah diziarahi. Kali ini giliran rumah saya selaku Timbalan Yang Di Pertua PAS Kemaman diziarahi. Dalam pertemuan tersebut saya berucap, mengingatkan para pemuda ini dengan beberapa perkara:

1. ucap terimakasih kerana bersedia menziarahi.

2. program ini sangat baik dan mesti diteruskan.

3. menyebut ayat dari surah al-Kahfi tentang para pemuda yang beriman, lalu ditambahkan iman mereka sebagai peringatan supaya terus istiqamah dengan prinsip Islam yang dibawa walaupun berdepan dengan cabaran dari pihak berkuasa.

 

4. bercerita tentang pengalaman belajar ketika di Jordan, keadaan jemaah ketika di sana, beberapa nama dan figur yang mungkin kini ‘diminati’ oleh sebahagian anak muda melalui lisan dan tulisan mereka agar tidak mudah tergelincir dari landasan perjuangan PAS ini.

5. mengimbau sedikit mengenai kedudukan Dewan Pemuda yang menjadi kesinambungan kepada perjuangan ini dari orang lama. Justeru, pengalaman orang lama ini sangat penting agar tidak terputus ‘muwalat’ perjuangan, dan sebagai satu semangat kerana pengalaman tidak dikutip di tepi jalan melainkan dari mereka yang telah melaluinya.

Teruskan istiqamahmu wahai anak muda, hingga kemenangan.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu