ceramah isu semasa KemamanPAS Kemaman melalui Lajnah Penerangannya mengadakan program ceramah Isu Semasa dengan fokus kepada Selangor. AJK PAS Pusat yang juga Ketua lajnah Tarbiah Dan Perkaderan Ust Idris Ahmad dijemput menyampaikannya. Saya mencatat beberapa point dari ucapannya itu. Di bawah adalah perkongsian tersebut (maaf ayat ringkas, tapi boleh difahami insyaAllah):

Ucapan Ust Idris Ahmad dI Kemaman:
Dimulakan dgn ayat mengenai al-amr bilmakruf wannahyu an almungkar.
Bagaimana nak kawal supaya isu ini x merosakkan kita, bukan menjadikan ia semakin teruk.
Jangan ada di kalangan kita berpecah dgn sebab isu Selangor kerana punca masalah dari rakan kita, melarat dlm negeri.  Oleh kerana ia jadi isu negeri, kita juga terlibat
Asalnya isu MB, x hujan x ribut tapi nak tukar MB.
PAS matang dlm isu ini.


Kes di Selangor spt kes Dato Md Nasir, MB Kelantan dahulu.
TSKI dilihat baik spt Dato Nasir dulu. Byk kebaikan dilihat dibuat oleh TSKI. Org parti pula lihat sudut lain. Kerana parti tak boleh control dia.
Ketika isu Dato md Nasir, AJK Pas  Pusat 8 org sokong pecat Dato md Nasir, 8 x sokong. 2 org berkecuali. Datuk Asri sebagai pengerusi sokong pecat Mohd Nasir.
Pengalaman PAS perintah bbrp neg menyebabkan kita x gopoh.
PAS ditarbiah dlm politik dan ketika perintah negeri.
Tok guru ketika perintah Kelantan misalnya sabar hadapi pelbagai kerenah pentadbiran.
PAS menjadi matang dlm isu ini.
Facebooker, blogger tuduh TGHH nak berbaik dgn umno. Tgk sejarah awal TGHH tdk munasabah ketika umurnya sudah lanjut dia mahu kianat pd Pas.
Ingat ayat quran; org yg suka sebar berita palsu mrk dpt azab di dunia, azab di akhirat
Annur:19

Sikap kita:
-Jaga adab berjemaah. Kita ada ketua. Saidina Ali: ‘Kekeruhan dlm berjemaah lebih baik dari bersih secara berseorangan’
Kritik boleh tapi biar kena tmpt. Bkn secara terbuka. Merosakan maruah parti.

Bagaimana masalah org tapi kita pula diseret dlm masalah ini. Ia menyedihkan.

Cabaran mengurus tarbiah.

Fitnah dlm btk bertulis lebih dahsyat dari fitnah dlm btk ucapan.

Kena letak sayang jemaah. Jgn jadi mcm beruang tampar nyamuk pada pipi tuan.

Thiqah dgn.pemimpin.
Jgn benci dgn doktrin wala’
Jgn benci ulama. Kalau x suka kpd bbrp individu ulama pun tapi jgn benci institusi ulama. Umno sehingga kini pun x boleh tubuh dewan ulama

Kena ada tawadhuk, jgn sombong, tak kira ulama, aktivis,  profesional.
Kadang2 nak tunjuk pandai berhujah tapi lupa bahawa kita adalah ahli jemaah.

Buatlah kerja jemaah dan fokus yg ini.

Pemimpin PAS mesti pandai urus krisis. Belajar dari umno. Parti dia teruk, tapi elok urus krisis.
Biarlah tak popular dgn sebab x bercakap tapi biar parti terjaga. Ada org pantang diberi mic terus komen.

Kita ada mursyidul am, Presiden. Kalau semua pakat nak jadi Presiden, rosak parti.

Jgn rungsing dgn apa yg berlaku. Kita ada pemimpin utk urus.

Allah sedang menguji kita, nak tgk siapa yg mabuk, yg pening, yg setia dgn parti.

Ada org kata PAS akan teruk. Tidak, InsyaAllah PAS akan terus wujud dgn izin Allah. Kita pernah ada krisis lebih besar dlm sejarah.

Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri,
TYDP PAS Kemaman,
Ketua Ljnh Trbiah PAS Kemaman
11.30 mlm
7 Sept 14

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu