infaqAllah memberikan rezeki dan harta kepada kita. Masing-masing dengan bahagian dan habuan masing-masing. Harta adalah milik Allah. Kita hanya diamanahkan untuk menguruskannya. Banyak ayat al-Quran, hadis qudsi dan hadis yang memberikan panduan kepada kita cara menggunakan harta tersebut agar ia bermanfaat buat kita dan orang lain di dunia dan kemudiannya dibalas di akhirat dengan ganjaran pahala dan syurga. Apatah lagi apabila harta itu digunakan untuk membantu menegakkan Islam dan perjuangan menegakkan Islam. Di antaranya:

1. Abu Umamah r.a berkata: Nabi SAW bersabda: Allah berfirman yang maksudnya: “Wahai anak Adam! Bahawa engkau menyumbangkan lebihan harta/rezeki, maka itu baik untukmu. Jika engkau menahannya (iaitu tidak melakukannya), maka itu tidak baik untukmu. Engkau tidak dicela kalau menggunakan harta/rezeki itu untuk mencukupkan keperluanmu. Mulakanlah dengan orang yang engkau tanggung. Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.” (Hadis Qudsi ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Abi Umamah) (audionya di bahagian hadis qudsi ke 180)

Dalam hadis qudsi di atas ada 5 katakunci (keywords): Menyumbang lebih baik, menahan harta tidak disukai Allah, boleh guna harta untuk keperluan diri, panduan keutamaan menggunakan harta, kelebihan mereka yang memberi.

2. Ibnu Umar ra berkata: Nabi SAW bersabda: Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Dua perkara yang tidak menjadi urusanmu. Aku tentukan sebahagian dari hartamu ketika Aku mencabut nyawamu untuk Aku bersihkan dan sucikanmu dari bahagian harta tersebut. Dan solat hambaKu terhadapmu selepas sampai ajalmu.”(Hadis qudsi ini diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Ibn Umar)

(kuliah audionya pada hadis qudsi ke 179)

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu