Nik NasriHari ini usiaku 48 tahun, setelah lahir ke dunia pada 18 Feb 1967 di Kampung Tok Kaya, Cabang Tiga, Kuala Trengganu. Setiap manusia menempuh pelbagai pengalaman, ujian pahit manis sepanjang hidupnya. Alhamdulillah, Allah memimpin kita untuk mengenaliNya, membesarkanNya, menganut agamaNya, memperkenalkan kita dengan nabiNya dan jalanNya. Itulah nikmat dari umur dan hidup ini.

Apa erti umur yang panjang jika derhakakan Allah. Apa makna kehidupan jika engkarkan perintahNya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggalkan kita ketika umurnya 84 tahun. Saya hari ini angkanya terbalik 48 tahun. Berapa tahun lagi yang masih tinggal diberi oleh Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini? Wallahu a’lam.

Yang penting jangan terbalik dari agamaNya.

tetap iman

 

 

 

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu