Duta UAE ‘ambil berkat’ dari Hakham/Pendita Yahudi?

Muhammad Al-Khajah, duta UAE ke negara haram Israel mengecam stesen TV seperti Al-Jazeera dan pertubuhan Ikhwan Muslimin kerana kononnya membuat kacau-bilau di sana ketika Perang 11 hari di Gaza. Beliau menyebut demikian ketika bertemu Shalom Kohen, ketua Majlis Pemimpin Taurat, satu pertubuhan Yahudi ekstrim. Al-Khajah menjemput Shalom ke majlis perasmian pembukaan 3 Rumah Ibadat Ibrahimiah di Abu Dhabi akan datang. Al-Khajah juga dilihat seperti ‘mengambil berkat’ dari ketua pertubuhan Yahudi itu apabila Shalom menyapu kepala Al-Khajah.

Komen saya: Nama Muhammad tetapi peribadi, akhlak, pendirian sangat jauh dari nabinya, berbangsa Arab dan bernama Muhammad. Mencari kemuliaan dari musuh Allah, tidaklah mendekatkan diri kepada Allah, bahkan menghinakan diri sendiri.
(Hakham حاخام dlm bhs Arab bermakna Hakiim/org yg bijaksana. Juga dikenali dan biasa disebut sebagai Rabi)

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu