DSTG Presiden PAS: ‘Rahmat Islam Dirasai Apabila Politik Islam Ditegakkan’

Ijtimak Pilihanraya PAS TerengganuSaya membuat sedikit catatan dari ucapan DSTG Presiden PAS sempena Ijtimak Pilihanraya PAS Terengganu pada hari Sabtu 30 Julai 2016. Saya kongsikan catatan itu:

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. Hai orang yang beriman, sukakah kamu, aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keuntungan yang besar.” as-Saf: 9-13

Ayat bermula dengan tajuk Islam. Islam dibawa oleh Nabi, Islam yang syumul.

Adakah kerja politik yang kita buat ini sungguh-sungguh ada kaitan dengan Islam? Jawapannya: Ya.

Kerja politik adalah kerja penting. Ayat Quran tentang khalifah:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Al-Baqarah 30

Khilafah ialah:

Tegakkan agama dan urus dunia dengan agama

Sifat fitrah malaikat tidak berpolitik. Mereka taat, tidak maksiat. Fitrah manusia boleh mengurus bumi dan semua yang ada di atasnya.

Pemimpin politik Bani Israel ialah para Nabi.

Nabi Nuh berdakwah dan berpolitik, berdepan dengan golongan almala’ (penguasa), Nabi Ibrahim berdepan dengan masyarakat dan kerajaan kufur. Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan kerajaannya. Nabi Muhammad SAW berdepan dengan penguasa Mekah dan memerintah Madinah.

Kita tidak mungkin dapat sampaikan rahmat Islam kepada seluruh alam kalau kita tidak berpolitik.

Dalam sirah Nabi, sangat banyak peristiwa politik yang dilakukan oleh Nabi.

Selepas Nabi, perjuangan Islam disambung oleh para Sahabat. Dalam tempoh
80 tahun sahaja, Islam kuasai 3 negara besar dari 3 benua.

Fathullah Ghulan pemimpin tarikat Turki, berlindung di US. Ada pemimpin tarikat yang melumpuhkan gerakan jihad.
Tarikat sebahagian dari Islam. Pemimpin Islam yang faham, berjihad dan mereka juga bertasauf.

Dalam sirah, Nabi mendahulukan perjanjian Hudaibiyah dari melaksanakan umrah. Ini menunjukkan
politik didahulukan dari umrah.

Ada perkara wajib muassa’ (waktu luas) dan wajib mudhayyak (waktu sempit). Ada ibadat yang boleh ditangguh dan ada yang tidak boleh ditangguh.

Politik Islam dalam bahaya apabila syariat tidak tegak. Justeru,
jihad jadi kewajipan. Dalam jihad itu ada aljuhdu-tenaga, aljahdu-kepayahan. Kesungguhan menggembeling tenaga, segala nikmat untuk memenangkan Islam.

Jihad ada fiqh seperti perkara lain ada fiqh.
Sahabat Nabi pergi berperang, tapi rakyat kemudiannya masuk Islam, kenapa?
Sahabat berjihad dengan adab, sehingga rakyat masuk Islam.

PAS ditubuhkan jadi matarantai perjuangan Islam.

Peniaga Yaman masuk Tanah Melayu dengan adab Islam. Penjajah masuk negara umat Islam dengan perang. Mereka keluar tapi kekalkan kuasa.

Kita bertembung dengan rakyat jahil dan penguasa zalim. Pendekatan kita
melalui demokrasi. Kita perlu kekuatan hujah dan kekuatan program kebajikan. Kita lawan kekuatan duit musuh setakat termampu.

Keikhlasan yang ada kepada orang faqir yang menyumbang untuk perjuangan adalah kekuatan rohani dalam perjuangan PAS.

Kekuatan hujah penting tapi mesti berhikmah. Ilmu sangat penting, kita menjinakkan, pendekatan dakwah sangat perlu.

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”
Fussilat 33-34

Akhlak kita mesti lebih baik dari musuh.

Uslub dakwah dalam pilihanraya sangat penting.

Fiqh awlawiyyat- terangkan sistem Islam lebih baik, tidak membebankan rakyat dengan cukai yang banyak.

Cukai makin banyak, ekonomi makin teruk, kenapa?

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah menulis kepada pegawainya, tatkala pegawainya mengadu:

‘Sesungguhnya Allah membangkitkan Nabi Muhammad sebagai penyeru kebaikan, bukan sebagai pemungut cukai. Samada engkau adil atau engkau dipecat’

Di Algeria, kumpulan Islam menang pilihanraya Bandaran, tentera ambilalih. Di Mesir, Ikhwan menang, tentera rampas kuasa. Cabaran kepada gerakan Islam besar.

Kalau akar umbi kita kuat, InsyaAllah tak tercabut.

Petugas kita kalau ada 12 ribu orang, tak dapat dikalahkan. Yang hadir hari ini 4000 orang, anggota di bawah ada ramai lagi.

Guna segala jentera yang ada untuk melawan musuh. Peranan Perantau juga penting.

Kita yakin kerja Islam kita berpahala.

siiru ala barakatillah

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri, Ketua Lajnah Media Baharu, DUPNT
TYDP PAS Kemaman

Dewan Tok Guru, Rusila.
Sabtu 30 Jul 16
12.30 tghri

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu