Download Kuliah Kitab KifayatulMuhtadi Di Sini:

kifayatulmuhtadiKitab “Kifayatul Muhtadi bi Syarh Sullamil Mubtadi” karya Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad Ismail Al Jawi Al Fathani (1290-1363 H) rahimahullah ditulis dalam tulisan Jawi dengan gaya bahasa lama.  Mulai ditulis di Mekah dan diselesaikan di Madinah.

Dalam muqaddimahnya, Syeikh Muhammad Nur Al Fathani berkata: “Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya kitab yang berjudul ‘Sullamul Mubtadi’ karya Al ‘Alim Al ‘Allamah wal Qudwah Al Fahhamah Syaikh Dawud bin ‘Abdullah Al Fathani -semoga Allah meliputinya dengan rahmat & ridha-Nya, serta menempatkannya ke dalam syurgaNya- adalah termasuk buku fiqh yang ditulis dalam bahasa (Arab) Melayu yang baik bagi penuntut ilmu kerana matannya yang dekat untuk disampaikan dan untuk orang yang memiliki akal, kerana mengandungi tauhid Salafu Soleh, fiqh dalam mazhab Imam Syafi’i yang rajih, nasihat-nasihat syariat, dan adab-adab yang seharusnya dijaga.” (Kifayatulmuhtadi ms 2)

Saya belajar kitab ini dengan almarhum datuk saya, Hj Wan Harun bin Husin, mantan imam Masjid Jamek, Cukai, Kemaman sekitar tahun 1985 (selepas SPM) dan dengan guru-guru yang lain. Saya ajarkan kitab ini kepada para muslimat sekitar Cukai pada tahun 2010 (kalau tak silap). Di bawah adalah link untuk mereka yang berminat memuatturun kuliah saya mengajarkan kitab tersebut:

https://onedrive.live.com/?cid=1d479d81a3721879&id=1D479D81A3721879%211527&Bsrc=Share&Bpub=SDX.SkyDrive&sc=Documents&authkey=!AqfR_TGuAWIok0c

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu