DAP tolak Tok Guru: AJK PAS Pusat, buktikan anda bersama Presiden

haji hadiKerenah DAP semakin pelik, kebudak-budakan, bahkan menampakkan kebodohan. Terakhir, mereka menolak Presiden PAS. Masih terngiang di telinga, Tok Guru sebut dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS Pusat di Batu Pahat, Johor tahun lepas (mafhumnya): ‘Ramai yang berkata saya di belakang Presiden, tapi takut tengok-tengok tak ada orang bila berpaling ke belakang.’

Ucapan itu mungkin nampak spontan, separa seloroh, tetapi tentu punya maksud yang mendalam dari diri Tok Guru sendiri. Pelbagai isu yang berlaku sebelum dan selepas Muktamar tersebut memperlihatkan benarnya kata-kata itu.

Tok Guru adalah Presiden Parti Islam Se Malaysia. Beliau diiktiraf oleh gerakan Islam di peringkat antarabangsa. Ketokohan, sifat peribadi, cara hidup diketahui umum. Kalau anda ahli PAS, logiknya tentulah anda bersama Tok Guru, walaupun dengan mengenepikan pimpinan DAP yang kufur kepada Allah itu, tidak menerima hukum Allah, penuh hipokrit dan oportunis dalam perjuangan.

Dalam isu di atas, saya mahu lihat setakat mana AJK PAS Pusat membuktikan kata-kata mereka di Muktamar yang lepas atau dalam borang ahli PAS yang mereka isi, samada mereka di belakang Tok Guru, mempertahankannya atau menikam dari belakang Tok Guru.

Barangkali pimpinan DAP mahu menduga reaksi sokongan pimpinan PAS Pusat yang lain terhadap Presiden PAS. Ya, kita akan tengok game ini.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu