Cabaran Musuh, Isra’ Mikraj, Bebas Quds Akhir Rejab

QudsJumaat 25 Rejab 1433H saya berkhutbah Jumaat di Masjid Pinang Merah, Paka. Antara point yang saya sebutkan dalam khutbah tersebut:

-Antara peristiwa penting akhir Rejab ialah Isra’ Mikraj. Pelbagai pengajaran boleh diambil. Antaranya musuh Yahudi dan Nasara yang sentiasa mengganggu perjalanan dakwah Nabi SAW dan musuh tradisi umat Islam sepanjang zaman.

-Nabi melalui proses penyucian jiwa menuju hadrat Allah Taala. Proses yang juga mesti dilalui oleh kita khususnya pejuang agama.

-Salahuddin al-Ayyubi bebaskan BaitulMaqdis pada hari Jumaat 27 Rejab 583 H. Pembebasan yang didahului dengan pembebasan diri dari keduniaan, sifat mazmumah dan pergantungan kuat dengan Allah.

khutbah Jumaat: cbrn musuh-isra’ mkrj, salahudin ayubi bebas quds 15 jun 2012

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu