wahbah-zuhailiSaya menerima berita kematian Prof Dr Wahbah azZuhaili dengan sedih. Beliau adalah tokoh ulama terkenal di zaman ini. Karya beliau banyak dan tersohor sebagaimana tersohornya beliau.

Ketika belajar di Jordan, saya biasa menonton program tafsir al-Qurannya yang disiarkan oleh TV Syria. Saya tidak sempat menemuinya ketika berkunjung ke Syria dalam tahun 1993 (atau 1994).

Ketika belajar di Pondok di Kg Kerandang, Besut, almarhum Tok Guru Hj Najmudin mengajar kitab fiqh 4 mazhab karangan Dr Wahbah, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Fiqh Islam Dan Dalil-Dalilnya).

Sepanjang pengajian saya di Jordan, kitab beliau menjadi antara rujukan penting untuk membuat assignment.

Semoga Allah merahmati beliau dan memasukkannya di kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada, Solehin.

Saya sertakan biodata beliau seperti di bawah dari pelbagai sumber dengan sedikit edit.

[download id=”1424″]
Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu