jalan syaitanHati umpama sebuah kubu pertahanan melindungi penduduk dan tanahnya dari dicerobohi musuh. Kubu mempunyai pintu-pintunya. Jika pintu tidak dijaga dengan baik, musuh dapat masuk ke dalam dengan mudah. Hati juga demikian. Ia mempunyai pintu-pintu bagi syaitan. Pintu-pintu itu ialah sifat manusia itu sendiri. Dari pintu-pintu ini syaitan memasukkan jarumnya yang berbisa. Paling kurang ada 11 pintu bagi syaitan masuk ke hati manusia: Marah dan syahwat, hasad dan haloba, kenyang makan, suka berhias (perabut, pakaian , rumah), suka pujian dan sanjungan dari manusia, gopoh, harta dan wang ringgit, bakhil dan takut papa, fanatik kepada satu pandangan, biarkan orang awam tenggelam dalam ilmu yang tidak sepatutnya, sangka buruk kepada mukmin.

Perkara ini saya kongsikan dalam kuliah subuh Ramadhan 1433H berikut: [download id=”972″]

Share: