10 Hujah Mesti Tolak Gerakan Harapan Baru:

si luncai dgn labunyaBagi seorang Islam, sumber perundangan dan tindakannya mesti berlandaskan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan Qias serta sumber lain untuk menerima atau menolak sesuatu, apatah lagi kalau ia melibatkan isu ummah.

Saya kemukakan 10 hujah untuk menolak Gerakan Harapan Baru:

1. Kewujudannnya ke arah merealisasikan tertubuhnya satu lagi parti Islam di Malaysia bercanggah dengan tuntutan alQuran yang menyebut: ‘ Hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah’. Penubuhan parti Islam baru mengundang perpecahan undi umat Islam. Ayat alQuran lain juga banyak memperihalkan perkara ini.

2. Ia bercanggah dengan banyak hadith Nabi yang menyebut tentang kepimpinan umat Islam yang mesti disatukan.

3. Ia bercanggah dengan kaedah Usul fiqh ‘ Tiada kemudaratan dan tiada memberi mudarat’ Kewujudannya sedikit sebanyak boleh memudaratkan kesatuan umat dengan satu suara.

4. Ia bercanggah dengan Sirah Nabi yang mengumpulkan umat Islam di bawah kepimpinan Nabi SAW seorang sahaja.

5. Ia bercanggah dengan Perlembagaan PAS sedangkan ahli GHB mengakui mereka masih ahli PAS sehingga parti baharu ditubuhkan.
[Rujuk Fasal 13 (3) (a) ]

6. Ia bercanggah dengan kenyataan pengerusi GHB, Muhammad bin Sabu yang pernah melarang ahli PAS menubuhkan parti baharu jika tidak setuju dengan
kepimpinan PAS. Rujuk ucapan mereka yang lepas.
http://www.astroawani.com/berita-politik/biarpun-berbeza-pendapat-tetapi-jangan-tubuh-parti-baru-mat-sabu-44071 )

7. Ia bercanggah dengan baiah yg telah mereka lafazkan ketika menjadi calon PRU.

8. Sekiranya mereka berkata perjuangan GHB menyambung hasrat perjuangan Tok Guru Nik Aziz & Ust Fadhil Nor, maka ia suatu pembohongan terhadap mereka yg sudah meninggal dunia. Tok Guru Hj Abd Hadi ialah org paling dekat dgn kedua-dua tokoh pemimpin PAS yg meninggal ketika memimpin PAS.

9. Sekiranya mereka menganggap baiah, taat, wala, thiqah adalah istilah yg mengarut, maka ternyata sia-sialah tarbiah, usrah & ilmu yg mereka dapati sebelum ini.

10. PAS Pusat sebenarnya sudah bertolak-ansur kpd GHB. Jawatan pernah ditawar walaupun kalah tetapi ditolak. Tindakan belum diambil walaupun GHB sangat galak membuat provokasi.

Selepas percanggahan dgn nas Quran, Hadis, kaedah fiqh & ucapan pemimpin GHB sendiri, masih adakah lagi kebaikannya?

Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
TYDP PAS Kemaman
Ketua Ljnh Media Baharu
Dewan Ulama PAS Terengganu
23 Julai 2015

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu