Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 53 oleh TG Dato Dr Harun Din:

NSTPSaya mencatat patah-patah ucapan (dalam bentuk point) Dato Dr Harun Din ketika beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS kali ke 53 baru-baru ini. Saya kongsikan dengan saudara moga dapat manfaat untuk dibuat panduan dari seorang yang alim:

Alhamdulilah kerana Allah letak kita dlm harakah islamiah

Moga muktamar ini dapat mencairkan yang beku, mengumpul yang berselerak untuk menghadapi hari yang lebih baik, bukan sebaliknya

Kena isi dengan agenda ummah

Kalau lebih buruk, mesti dilipatgandakan untuk atasi yang buruk

Mesti berpegang dengan prinsip

Petikan kata: ‘umat hadapi pelbagai masalah, isu dan krisis. Reaksi ummah itu berbeza, yg lemah akan tunduk kpd masalah. Umat yang kuat tegak, tidak menyerah dan terus harungi hingga menang.’

PAS yang dipelopori oleh ulama hingga kini menjadi tunggak parti, tempat rujukan ahli

Walaupun ahli PAS diajar program tarbiyyah, tidak semua fahami, hayati makna dari tarbiyyah., berjihad Justeru ada yang gugur, tinggalkan perjuangan. Yang lebih teruk ialah mereka yang khianati perjuangan

Mafhum hadis: ‘Mereka yang berilmu, binasa melainkan yang beramal,yang beramal juga binasa melainkan yang ikhlas, yang ikhlas pun dalam bahaya..’

Dalam hadapi krisis, persiapan untuk lahirkan pejuang sangat penting

Nak bina rumah, kena tahu siapa yang nak duduk, nak bina jalan, kena tahu siapa yang nak guna. Demikian jiga perjuangan, kena tahu siapa pengendali, pembantu kanan, pejuangnya?

PAS mesti difahami siapa ketua, penolongnya.

Ambil pengajaran dari konsep imam solat berjemaah, didahulukan mengikut ciri-ciri tertentu. Kalau dalam solat ada kaedah jadi imam, maka dalam perjuangan lebih-lebih lagi

Taqdim al aslah alassoleh (mendahulukan yang lebih baik dari yang baik)

Kepimpinan ulama ini sedang diserang bertubi-tubi, khususnya oleh media maya

Syura ulama dipertikai. Keputusan syura walaupun sebulat suara masih diserang, diperlekeh.

Ulama tidak mudah melatah, tidak membalas sebarangan. Mungkin ada bentuk nasihat dari teguran itu, ulama terima, mungkin ada agenda lain tersirat, dari redha Allah kepada redha manusia..nauzubillah

Program tarbiyah penting untuk sediakan rijal dan pemimpin

Maksud hadis yang menerangkan visi Nabi ialah sediakan golongan faham perjuangan.

Kalau tidak, pertolongan Allah lambat, justeru, penting untuk semak balik kualiti kepimpinan.  Jawatan itu amanah seperti pesanan Nabi kepada Abu Zar alGhifari.

Konsep wala’ kepada ketua. hadis Anas; ‘Dengar dan taat..’

Hadis Muslim: ‘Dengar dan taat dalam semua perkara, suka atau tidak selagi tidak suruh maksiat.’

Taat, patuh pemimpin adalah perkara asas dalam parti politik Islam.

Konteks syura yang menjadi asas perjuangan, syura bukan rekaan PAS. Mafhum ayat:

“Urusan mereka diputuskan melalui syura.”

Bersyuralah… bila berazam, buat keputusan, kemudian bertawakkallah kepada Allah.

Inilah yang dihayati oleh Nabi dalam peperangan-peperangannya seperti Uhud, Hudaibiyyah dan lain-lain.

Ada tempat ketua boleh buat keputusan sendiri.

Allah haruskan kita tahaluf dengan bukan Islam dan Islam.

Tahaluf dibenarkan ikut rukun, syarat. Ulama pertahan tahaluf sebegini

Kalau tahaluf diceroboh, ulama kena semak balik samada tahaluf perlu diteruskan atau tidak. Usaha untuk perbaiki dahulu, kalau tidak, ia ibarat talaq. Talaq perkara halal dibenci Allah tetapi jika tiada penyelesaian secara baik, tiada pilihan melainkan talaq, maka talaq dibuat.

Suasana politik sekarang banyak fitnah

Semurni zaman Nabi pun, dalam saf Islam dahulu pun banyak munafiq. Kamu tidak kenal, Allah kenal. Aisyah, Quran difitnah.

Panduannya:  jika kamu dengar fitnah, berbaik sangka, ambil yang baik, kata: ini pembohongan yang nyata.

Justeru, semua institusi terdedah dengan krisis- institusi raja, ulama, kerajaan. Maka yang berlaku dalam PAS juga adalah krisis yang sebenarmya dibuat-buat.

Renung ayat: bila ada 2 kumpulan bertelagah, usaha damaikan

Jangan bertelingkah, bersengketa. Kalau tidak kamu akan gagal, hilang kehebatan, kekuatan

Nabi kata: kamu kena duduk dalam jemaah, jangan berseorangan.

Ahli kena teguh belakang ulama

Usaha untuk selesaikan masalah yang ada

Ajak ahli taqwa

Perlu berkorban, kukuhkan jemaah

Muhasabah dengan berkata yang haq

Bila berazam, tawakkal

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu