Sauji Tolong Orang, Allah Gerakkan Hati Orang Lain Tolong Dia

Bantu SaujiKg Temala, Pengkalan Berangan-21 Jan 17: PAS Kemaman membuat lawatan   ke rumah Sauji Rasid, Pengarah Unit Amal Negeri Terengganu yang rumahnya terbakar baru-baru ini.
PAS Kemaman memberi sumbangan tunai RM500 untuk keperluan harian saudara Sauji dan baki RM3900 digunakan untuk membayar upah tukang rumah yang diurus oleh JK Pembinaan Rumah di bawah Dewan Pemuda PAS Terengganu.
Gambar: Ustaz Nik Muhammad Nasri, Timbalan YDP mewakili PAS Kemaman menyerahkan sumbangan kepada Sauji.
Turut sama Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Penerangan PAS Kemaman, Md Hafiz Adam, Setiausaha PAS Kemaman, Amri Mamat, Pengarah MTD Kemasik, Hj Wahab, PSU 1, Wan Razali dan Ustazah Mesilah.
Masa banjir besar di Kemaman, Sauji (Pengarah Unit Amal Terengganu) turun dengan bala tentera (unit amalnya) membantu. Bukan sahaja di Kemaman, bahkan di seluruh Terengganu dalam pelbagai aktiviti. Unit Amal dengan seragam merah memenuhi lapangan. Sumbangan unit amal dimaklumi semua pihak.
Bila musibah menimpanya kerana rumah yang diduduki terbakar, Allah menggerakkan hati org lain pula untuk membantunya. Dewan Pemuda PAS Terengganu menubuhkan JKuasa membina rumahnya. Bantuan datang mencurah.
Benar hadis Nabi: ‘Allah menolong hambaNya selama mana hambaNya menolong saudaranya’.
Barangan sudah cukup, namun upah tukang masih diperlukan. Silakan terus membantu saudara Sauji.
Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu