Rumah Terbuka Eid al-Fitr DUN Cukai Meriah

DSC00144Ribuan rakyat hadir ke majlis Rumah Terbuka PAS DUN Cukai sempena Eid al-Fitr 1433H. Sempena majlis tersebut, bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim, rawatan Darus-Shifa, edaran risalah dibuat. Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Dato’ Fauzi Shaari, mantan Pengarah Jab Siasatan Jenayah PDRM bersama isteri dan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu. Tetamu yang turut hadir ialah Hj Arifin Deraman selaku Pengarah JPNT dan Ustaz Azizul mewakili DPPNT. Pengarah DUN Cukai yang juga Penolong Setiausaha 2, BPPNT Tuan Hj Hanafiah antara yang sibuk menguruskan majlis bersama jentera dari kalangan pemuda, muslimat dan aktivis lain.

artikel berkaitan:

Anak Raja dan mantan Pegawai PDRM jadi tetamu Dun Chukai

KEMAMAN: Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu khususnya Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Ahmad Shabery Chik mungkin terpaksa berbelanja besar hingga boleh mencecah puluhan ribu atau menghampiri RM100,000,00 bagi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kemaman. Ini kerana, pihak Umno-BN terpaksa menggunakan perkhidmatan hampir 10 orang artis yang dibayar dengan lumayan hasil dari duit rakyat seluruhnya. Difahamkan, majlis rumah terbuka Dato’ Ahmad Shabery itu akan diadakan sehari selepas Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai mengadakannya iaitu pada hari Sabtu, 8 September 2012. Lokasinya, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman bagi memudahkan ‘kerahan tenaga’ dan ‘jemputan’ meramaikan tetamu ahli parlimen tersebut.

.

Memalukan! Memalukan!…dan amat memalukan, jika Menteri terbabit terpaksa menggunakan pelbagai tukang khidmat, penyanyi, pelakon dan pelawak termasuk segala kemudahan kerajaan. Antara artis yang diupah bagi menceriakan rumah terbuka ‘Pak Menteri’ itu adalah orang seperti Awie, Yazeer AF3, Zizie AF7, Ain AF8, Ana Rafali, Kumpulan Nasyid Raihan, Noraniza Idris serta persembahan artis kebudayaan negeri Terengganu. Bayangkan, berapa jumlah Ringgit Malaysia (RM) yang terpaksa diperhabiskan oleh ‘Pak Menteri’ itu dengan duit rakyat hanya untuk tempoh empat jam dari 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Itu tidak termasuk segala jenis makanan, minuman dan juadah hari raya. Manakala, tidak terkecuali ‘duit raya’ untuk kanak-kanak yang segala-galanya duit rakyat yang bakal dikorbankan.

.

DSC00139Hal demikian, berbeza dengan setiap penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS atau rakan Pakatan Rakyat. Semuanya, dilakukan secara gotong-royong dan tidak melibatkan duit rasuah atau duit dari perbendaharaan negeri dan negara.  Contohnya, MTD Chukai yang diketuai oleh pengarahnya, Tuan Haji Hanafiah Mat setiap tahun mengadakan majlis yang hampir sama. Segala makanan juadah disediakan secara kolektif antara cawangan-cawangan PAS di Dun Chukai.  Orang PAS, penyokong PAS, pendokong perjuangan PAS berlumba-lumba untuk membuat kebajikan bagi mendapat ganjaran ‘pahala’ dalam setiap aktiviti parti dan kemasyarakatan.
.

.

Terkini, pada 7 September 2012 hari Jumaat. MTD Chukai mengadakan perayaan sempena Aidilfitri. Bahkan, sambutan kali ini amat luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya. Lokasi rumah terbuka Dun Chukai di hadapan Pasar Besar Chukai, Kemaman yang cukup strategic berada di tengah-tengah pusat bandarnya.
.

DSC00142Jumlah kehadiran para pengunjung boleh mencecah ribuan juga dan tidak lari jauh jika anggaran dibuat lebih 5,000 orang tetamu dan pengunjungnya. Buktinya, makanan, minuman dan segala bahan juadah HABIS…H.A.B.I.S!!!
Tetamu Istimewa kali ini, PAS Dun Chukai menampilkan bekas orang nombor tiga dalam PDRM di Bukit Aman iaitu bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Fauzi Shaari dan ‘anak raja’ iaitu Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu.
.

Sekali pun jadual jemputan pada jam 11.00 pagi tetapi orang ramai dan pengunjungnya telah mula berkumpul dan bersedia untuk makan pada jam 10.15 pagi. Maknanya, rakyat tidak sabar untuk melihat perubahan kepada landskap politik tanahair ini. Ribuan rakyat berkunjung dan sambung-menyambung sehingga menghampir waktu Jumaat sekitar jam 2.00 petang. Mereka silih berganti dan rakyat tidak merasa ‘kekok’ untuk ke majlis anjuran MTD Chukai.
.

DSC00146Pelbagai lapisan masyarakat hadir Melayu, Cina, India, orang tua, belia-beliawanis, kanak-kanak, kecil besar dan sebagainya bagi menikmati makanan dan juadah yang disediakan pihak penganjurnya. Akhirnya, tumbanglah tiga ekor lembu dikorbankan, 200 batang lemang, 2000 batang aiskrim, 15 kilogram kacang hijau untuk bubur kacang dan sebagainya.
.

Dato’ Fauzi pula tidak ‘lokek’ untuk memenuhi permintaan Hanafiah agar dapat menyanyikan satu-dua lagu keinsafan bagi menghiburkan para hadirin sekalian. Beliau mengajak rakyat seluruhnya terutama di Dun Chukai dan Parlimen Kemaman agar dapat memanfaatkan peluang pilihan raya akan datang untuk membuat perubahan. Katanya, selagi negara kekal di bawah pentadbiran Umno-BN untuk memerintah, rakyat semakin susah, resah dan gelisah yang berpanjangan. “Saya masuk PAS bukan kerana nak jawatan atau bertanding pilihan raya tetapi jika ada ‘tawaran’ saya boleh pertimbangkan. “Apa yang penting, rakyat kena buat perubahan dan kita tidak boleh mengharapkan lagi kepada kerajaan Umno-BN untuk memerintah negeri dan negara,” jelasnya.
.

miskin raya dun cukaiSementara itu, Haji Hanafiah menyifatkan sambutan luar biasa penduduk di Dun Chukai ini terhadap majlis hari raya rumah terbuka Aidilfitri MTD Chukai sebagai ‘petanda’ awal kemenangan Islam.
Katanya, tahun ini cukup meriah dengan sambutan orang ramai seolah-olah telah bersedia untuk mengembalikan tampuk pemerintahan di Terengganu.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu