RM13, 000 Untuk Mangsa Banjir Kelantan

pas kemaman buat rumah kuala kraiKEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman telah melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Kelantan bagi membina rumah baru kepada mangsa banjir yang kehilangan rumah di Kelantan.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, setakat malam ini (27 Feb 2015) sebanyak RM13 ribu berjaya dikumpulkan dari PAS Kawasan Kemaman, Dewan Ulama Kawasan, Dewan Pemuda Kawasan, Dewan Muslimat Kawasan serta Majlis Tindakan DUN – DUN dan beberapa buah PAS Cawangan.

Dana Bantuan Mangsa Banjir ini akan disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi membina rumah kediaman dengan kos anggaran sebuah rumah RM35 ribu – RM40 ribu.

Ustaz Alias berkata demikian semasa Majlis Sumbangan Dana Banjir Kelantan yang turut dihadiri oleh YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, ADUN Mengkebang merangkap Timbalan Speaker DUN Kelantan.

“Saya menyeru badan korporat, syarikat, pertubuhan, NGO, dermawan dan orang ramai untuk bersama PAS Kawasan Kemaman merealisasikan projek ini dan Insyaallah segala sumbangan tuan/puan akan kami salurkan terus kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan,” ujar beliau.

Sebarang bentuk sumbangan terutamanya bantuan kewangan boleh disalurkn dengan menghubungi PAS Kawasan Kemaman, 018 3244824 (Setiausaha) atau 019 9891185 (Bendahari). (artikel ditulis oleh Mohd Tishaah)

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu