Ramadhan Tanpa Buku. Al-Quran Tetap Penyejuk Qalbu

sayyid al istighfarRamadhan 1433H hampir tiba. Saya sebenarnya telah menyiapkan sebuah manuskrip buku berkenaan Ramadhan dan yang berkaitan dengannya. Manuskripnya telah dihantar ke sebuah syarikat penerbitan buku menurut jadual yang dijangka asalnya boleh diterbitkan Ramadhan 1433H kali ini. Namun Allah Maha Berkuasa menentukan ia tidak berlaku demikian. Sedikit kesilapan seseorang di syarikat penerbitan tersebut yang saya anggap sebagai kealpaan dan kurang cakna menyebabkan ia terbengkalai dan insyaAllah akan diterbitkan tahun hadapan. Saya sedikit terkilan. Justeru, saya mengambil keputusan menerbitkannya dengan syarikat penerbit lain.

Ramadhan 1433H kali ini nampaknya tanpa buku baharu yang sempat diterbitkan. Ala kulli hal, Al-Quran yang menjadi ‘buku’ asasi seorang mukmin tetap menjadi penyejuk hati, penawar duka dan pemberi motivasi, khususnya di bulan Ramadhan nanti. Ma sya Allah kaana wa ma lam yasha’ lam yakun.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu