Pemimpin Umno/BN Memang Layak Jadi Pengarah Zoo

zooDi Terengganu, khususnya di Kemaman, tempat MB Terengganu sekarang berada, antara tempat yang  menjadi keutamaan ialah Zoo Kemaman. Kos makan minum binatang, harga binatang yang dibeli, kos penyelanggaraan zoo dan lain-lain memakan duit rakyat yang tidak terkira nilainya.

Kegilaan ini rupa-rupanya bukan sahaja menimpa Ahmad Said sahaja, bahkan sudah berjangkit kepada Najib pula. Beruang Panda dari Cina didatangkan.

Mou dimeterai untuk pinjam Panda. Wah! Hebatnya beruang Panda. Mou khas untuknya dibuat. Berapa pula kos pinjam (atau sewanya?) Adakah ia secara percuma? Ada yang menulis kosnya menjangkau puluhan juta ringgit?

Pemimpin Umno/BN hanya membenarkan peribahasa Melayu ‘kera dihutan disusukan, anak dipangku mati kelaparan.’ Peribahasa pra keruntuhan parti kebangsaan Melayu pula berbunyi ‘Harimau dan Panda didahulukan, rakyat sendiri diharamjadahkan’.

Panda dikatakan antara binatang yang semakin pupus. Benar. Ia hampir pupus mungkin kerana manusia juga yang rakus. Pembinaan dan pembangunan meminggirkan hutan dan alam yang kudus.

Umno/BN juga akan pupus. Tiada yang kekal melainkan kerajaan Allah. Cuma ia tidak perlu dibuat Mou khusus mengenainya. Yang perlu dibuat ialah pilihanraya yang adil, bersih dan telus. Selepas itu, pemimpin Umno/BN boleh bersedia mengisi borang menjadi Pengarah Zoo samada di Kemaman, Melaka, Taiping, Cina atau Kazakhstan.

artikel berkaitan:

MoU pinjam dua panda 10 tahun dimeterai

16 jun 2012

      NAJIB     bersama  He Guaqiang  (dua dari kiri) dan Mustapa  menyaksikan majlis menandatangani perjanjian   surat hasrat bagi penubuhan usaha sama ekonomi antara Majlis Perbandaran Kuantan diwakili Zulkifli (duduk kanan) dan Bandaraya Qinzhou City diwakili XiaoQin,  di Putrajaya, semalam.

NAJIB bersama He Guaqiang (dua dari kiri) dan Mustapa menyaksikan majlis menandatangani perjanjian surat hasrat bagi penubuhan usaha sama ekonomi antara Majlis Perbandaran Kuantan diwakili Zulkifli (duduk kanan) dan Bandaraya Qinzhou City diwakili XiaoQin, di Putrajaya, semalam.

Simbolik keakraban hubungan Malaysia, China: Najib

PUTRAJAYA: Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), semalam, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meminjam dua beruang panda dari republik itu selama 10 tahun.

Datuk Seri Najib Razak berkata, kesediaan Kerajaan China meminjamkan beruang panda itu adalah simbolik keakraban hubungan dagangan dan diplomatik yang terjalin sejak 1974.

Perdana Menteri berkata, idea meminjamkan beruang panda itu tercetus ketika beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wen Jiabao, ketika lawatan ke Chendu, Nanning, April lalu.

“Saya benar-benar gembira apabila Perdana Menteri Wen memberi maklum balas segera dan memberi persetujuannya untuk meminjamkan panda ini kepada Malaysia.

“Panda haiwan yang amat disayangi, mudah mesra dan dihargai bukan saja oleh orang China, malah masyarakat seluruh dunia dan kehadirannya pasti akan menjadi tarikan khas kepada rakyat Malaysia dan pengunjung ke sini (Putrajaya),” katanya pada sidang media selepas menyaksikan MoU antara kerajaan Malaysia dan CWCA di sini, semalam.

Malaysia diwakili Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Datuk Abdul Rasid Samsudin, manakala, CWCA diwakili Setiausaha Agungnya, Zang Chunlin.
Perjanjian pemuliharaan beruang panda dengan China itu mencerminkan komitmen Malaysia menyokong usaha republik itu menambah bilangan spesies haiwan berkenaan yang diancam kepupusan.

Kerjasama Malaysia-China itu selaras Sasaran Aichi 2010 di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi yang menyokong usaha pemuliharaan untuk mengelak kepupusan sesuatu spesies.

Hubungan Malaysia-China yang dimulakan sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri, kini lebih erat melalui perjanjian berkenaan.

Dalam pada itu, Najib berkata, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga sudah menyatakan kesediaan untuk menyalurkan separuh daripada dana untuk pembinaan kurungan untuk kemudahan menyimpan panda itu di Taman Wetland Putrajaya, tidak lama lagi.

“Sebaik saja kemudahan disediakan, kami akan lakukan apa yang perlu bagi memenuhi keperluan teknikal untuk menerima panda ini,” katanya.

2) Berapa Habis Untuk Panda?

Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya “Ah Jib Gor” berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu.

Tulis Najib.” Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita.

China percaya kepada kita konon… tengok gambar dibawah, imej atau gambar ini menunjukkan negara-negara yang yang meminjam ‘Giant Panda’ dari negara China..

Dan menariknya kebanyakkan negara yang mendakwa meminjam itu sebenarnya menyewa ‘Giant Panda’ itu dari China’s Wulong Panda Research Institute.

Antaranya ialah Thailand..

The Thai government pays $250,000 a year to China’s Wulong Panda Research Institute to rent the pandas, who, depending on the weather, reside in either a $1 million air-conditioned cage or an extensive, fan-cooled outdoor enclosure ringed by a mini-replica of China’s Great Wall – USAToday

United States of America menyewa ‘Giant Panda’ pada kadar USD1 Juta setahun..

In 1972, two pandas were presented to the United States after President Nixon’s historic visit; in 1974, another two were given to Britain in the wake of Edward Heath’s friendly visit. In 2005, as part of the talks with Lien Chan, China gifted two pandas to Taiwan.

In today’s market economy, however, there are no more freebies. China usually offers 10-year loans with prices close to $1m as the yearly rental. The flocking of would-be panda-huggers will bring fat profits to the zoo and to China – Guardian

Manakala Kanada pula sewa dengan kos $10 Juta

Prime Minister Stephen Harper officially confirmed Saturday that China has agreed to loan two giant pandas to zoos in Toronto and Calgary for a period of five years each – beginning next year – at a cost of $10 million.

Millions of dollars more will be spent to prepare the zoos and to care for the animals, including about $200,000 or so a year in bamboo costs to feed the bears and additional fees to train Canadian panda handlers with help from the Chinese – Ottawa Citizen

Jepun… yang mula-mula mengalu-alukan orang ramai menamakan Panda yang disewanya dari negara China… dua hari lepas langkah ini ditiru Najib… membayar $950,000 satu tahun…

The metropolitan government will ask the public to nickname the two pandas, a 143-kg male and 124-kg female, officials said. The animals will be moved here in February before their public showing begins the following month. Under the lease deal, Tokyo will contribute $950,000 a year to wildlife preservation in China – Japantimes

Itu antara beberapa negara yang mendakwa dipinjamkan ‘Giant Panda’ oleh China… macam Najib kata tu… tapi hakikatnya membayar sewa yang tinggi untuk tujuan meminjam tersebut.

Jika negara-negara tersebut di atas membayar sewa untuk Panda dari negara China, apa istimewanya Malaysia untuk diberikan pinjam secara percuma oleh negara China?

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu