PAS Sebagai Gerakan Islam: Antara Prinsip Tarbawi Dan Pendekatan Kontemporari Dlm Menuju Kemenangan

liqa fikri PAS PusatCatatan selari yang saya buat sempena Liqa’ Fikri PAS Pusat anjuran Lajnah Tarbiah PAS Pusat oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

(Gambar: Rombongan PAS Kemaman ke Liqa’ Fikri)

Saya ambil ayat Quran, hadis, perjalanan salafussoleh sebagai asas perbincangan & pembentangan kerana inilah sumber asal petunjuk kita.

“Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, Allah menolong kamu dan. menetapkan pendirian kamu’?” Muhammad: 7

Pandangan ulama:
1. Tolong agama Allah, lalui jalanNya.
2. Kamu tolong golongan Alllah
3. Kamu tolong Allah

Dalam surah asSaf: 9-13:
~Tolong agama Allah ialah memenangkan Islam
~Deen sebagai cara hidup, bukan hanya agama secara sempit,  atau ideologi yang bercanggah.
~Tawaran Allah ialah jualbeli dengan mukmin, harta dan nyawa dibayar dengan syurga.
~jihad ada kepayahan, dan bersungguh.

Selepas Nabi, kumpulan Islam menyambung perjuangan. Disebut dengan toifah, ummah atau hizb. Kesemuanya ada dalam al-Quran. Antaranya:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.
Aali Imran: 104

3 kategori Ummah: dakwah, ijabah, iitiba’

Ummah Dakwah (seruan)-semua manusia.
Ummah ijabah (perkenan)-masuk Islam
Umah ittiba’ (ikut)- ikut benar2 Nabi.

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
Almaidah: 56

Sifat parti perjuang Islam-wala mutlak kpd Allah, Rasul, dan mukmin yg patuh kpd Islam.

Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; Iaitu orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
Annisa; 138, 139

Ambil orang kafir jadi wali, tinggal orang mukmin. Ini suatu ciri orang munafiq.
Zaman Nabi ada orang yang sangka tanpa Yahudi, Islam tak boleh menang.

Kesimpulan ciri2 rukun kumpulan islam:
1. Dakwah kepada kebajikan
2. Amar makruf nahi mungkar hingga tegak negara berdaulat
3. Wala’ kepada Allah, Rasul, mukmin yang penuhi syarat.

Tarbiah dan kemenangan

Dalam surah annur, ayat 55, ayat ini sebut janji Allah orang mukmin boleh tegakkan negara-syaratnya ada iman, dakwah, jihad, sedia hadapi cabaran.

Ada yang sebar risalah, mahu tegakkan khilafah. Siapa khalifah? Tak tahu. Tak bersedia hadapi cabaran.

Islam menang dengan mukmin bersedia hadapi cabaran. Nabi Nuh berjuang seribu tahun, tak berganjak.

Dakwah dan jihad dengan iman dan amal soleh yang mewajibkan tarbiah aqidah dan ilmu secara feqah, secara individu dan jemaah.

AtTaubah: 119-122
Ayat ini sebutkan jihad fardhu ain.
Jihad-fardhu kifayah-bila Islam sudah menang. Kerajaan hantar tentera untuk dakwah.
Jihad fardhu ain-bila musuh sudah berada di perbatasan, masuk dalam negeri.

Orang yang benar disebut dalam surah
Alhujurat, ayat 15 iaitu benar imannya, tak ragu, berjihad dengan harta dan diri.

Kebijaksanaan satu perkara, sebut perkara benar satu perkara lain.

Dakwah dan jihad
Matlamat untuk selamatkan manusia, bukannya untuk binasakan manusia.

Al-Anfal: 61-64
Konsep jihad dahulukan muwajahah silmiah.

Fussilat:23-26
Musuh yang jahat dimaafkan-Khalid bin alWalid, Abu Suffian, Suhail bin Amar. Akhirnya ramai orang lain masuk Islam.

Pesanan Nabi kepada Ali-pujuk dapat hidayah seorang lebih baik dari bunuh.

Ada yang murtad, masuk balik Islam, ada yang mati syahid.

Amal Soleh Dan Jihad

Selagi kita tidak beri kemampuan kita yang sebenar, selagi itu pertolongan Allah belum datang.
Bukan sahaja persiapan kita tetapi rahsia pertolongan itu datang dari Allah.

Pendekatan Kontemporari

Ada perkara tetap, prinsip (thawabit) dan fleksibel (mutaghayyirat)

Sifat wajib bagi jemaah Islam: benar, amanah, bijaksana, menyampaikan.

Peranan kerasulan di akhir zaman dilaksanakan oleh kumpulan Islam yang mempunyai ciri-ciri kerasulan.

PAS ditubuhkan atas asas islah dan.tajdid.

Ada yang tubuh parti atas asas tidak puashati, sedangkan parti Islam sudah ada.

Sesi Soaljawab:
-Perhubungan dengan non muslim
-Orang Johor payah nak berubah
-Pendirian tentang Husam
-Nak selaras antara politik dan ilmu
-Isu satu lawan satu
-Bagaimana PAS dekati ahli politik Sabah
-Usaha PAS dekati jemaah tabligh

Jawapan:
Hubungan dgn non muslim:
Semua manusia adalah ummah dakwah. Nabi sebut urusan agama ini akan sampai kesemua tempat di mana cahaya matahari sampai,

Kita pernah dijajah. Penjajah mahu rosakkan antara kaum, bangsa.
Tugas kita:
-Dakwah, jadi contoh kepada bukan Islam. Ini kerana tiada negara Islam. Jika Islam ada negara, dapat ditunjuk secara praktikal tentang Islam. Dalam pemerintahan Islam, dibenar kepada bukan Islam pegang jawatan eksekutif, bukan legislatif.
Kebijaksanaan pendakwah Hadramaut, Yaman mengislamkan penduduk Melayu beragama Hindu.

Kita putus Tahaluf dengan DAP, DAP juga putus dengan kita. Sebabnya DAP tolak konsep negara Islam. Ini prinsip kita. Kita tidak paksa mereka tinggal prinsip mereka. Mereka tidak boleh paksa kita tinggal prinsip kita.

Mengenai politik dan ilmu, terpulang kepada mereka tentang kecintaannya kepada Islam.

Mengenai mendekati ahli politik Sabah,
1970 an kita dah cuba dekat dengan USIA. Lepas BERJAYA ditubuh, kita cuba masuk Sabah.

( Dato Ahmad Yaakob jawab: Husam-masih ahli PAS, Adun Salor,  mesyuarat tidak pernah hadir dengan alasan atau tanpa alasan. Kita doa beliau tetap dengan PAS.

Pemimpin PKR beri jaminan kerjasama PKR dengan kerajaan PAS Kelantan.)

Isu wala, taat, baiah.

~Quran sebut dalam konteks seorang, ada negara, tiada negara.

~Hadith musafir 3 orang, seorang dilantik ketua.

~Baiah Aqabah belum ada negara.
~Hadith Huzaifah riwayat Bukhari Muslim-hadith tentang penyeru ke arah neraka. Nabi sebut dihujung: Talzamu jamaatal muslimin wa imamahum.
Kamu komited dengan jamaah Muslimin dan kepimpinan mereka

~maksud taat ulil amri-ulama dan.umara.
Ditanya Muhammad Abduh: saya duduk di India, kerajaan British. Boleh saya pegang jawatan? Boleh.

~PAS ada Majlis Syura Ulama,, kaedah kepimpinan secara jamaie

~Isu baiah. Ia adalah bentuk jualbeli dengan Allah yang tidak boleh dipandang ringan.

Pulau Pinang. Pendirian PAS?
Letak PAS ada kemampuan, bukan buat andaian akan datang yang belum pasti. Jangan letak kelebihan kepada DAP atau Umno. Mereka juga ada pasang surutnya.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu
Dewan Ulama PAS Pusat

Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya.
Sabtu 30 Jan 16

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu