PAS Kemaman Rai Veteran Bersama Presiden PAS

veteran PAS KemamanKemaman, Jumaat 30 Okt 15- Seramai 19 orang veteran PAS yang pernah aktif memegang jawatan dalam PAS, samada di peringkat kawasan, DUN atau cawangan dipilih dari 4 DUN dalam Parlimen Kemaman untuk menerima cenderahati yang disampaikan sendiri oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah di Dataran Mak Cili, Kemaman.

Mereka terdiri dari 15 muslimin dan 4 muslimat. Di antara mereka ialah Hj Yusof Tahir yang pernah menjadi YDP PAS Kemaman selama 2 tahun di zamannya, Hj Sulaiman Yaakob yang memegang pelbagai jawatan dalam parti di peringkat kawasan Kemaman beberapa lama dan lain-lain tokoh. Mereka terus istiqamah dengan PAS walaupun tidak lagi aktif dengan parti dan berusia emas.

Presiden PAS berceramah menerangkan sejarah perjuangan Islam sejak zaman Nabi hinggalah PAS ditubuhkan. Ia menjadi mata rantai perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Dengan bertemakan hijau, ceramah dihadiri oleh majoritinya anak-anak muda. Justeru, huraian Tok Guru sangat relevan agar ia difahami oleh anak-anak muda dan ia bersesuaian dengan program Sambutan 55 Tahun PAS Kemaman.

Cenderahati yang disampaikan kepada para tokoh veteran tertulis ‘Beristiqamah Hingga Kemenangan’ dalam khat Kufi.

Presiden PAS berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman di sebelah siangnya dan melancarkan Dana Pendidikan Dan Pembangunan yang dikelolakan oleh pihak masjid.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu