PAS Kemaman Calonkan DSTG Sebagai Presiden, TITM Timbalan

Mesyuarat Agung Tahunan  2015PAS Kemaman bermesyuarat agung tahunan di Dewan Mujamma’ Imam Shafie, Pusat Pengajian Taman Islam pada hari Sabtu 18 Apr 2015. Dalam agenda pemilihan, para perwakilan yang berjumlah lebih 100 orang sebulat suara mencalonkan DSTG Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden PAS bagi dikemukakan dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat akan datang.

Bagi kerusi Naib-Naib Presiden pula, 3 nama berikut telah dipilih oleh para perwakilan melalui undian dari 5 orang calon:

1. YB Ustaz Nasarudin Hasan (126 undi)

2. YB Ustaz Idris Ahmad (125 undi)

3. YB Dato Nik Amar (69 undi)

Mesyuarat agung PAS Kemaman kali ke 55 ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, PJ BPPNT menggantikan DSTG Presiden yang tidak dapat hadir kerana urusan ke luarnegeri (Indonesia). Catatan ringkas intipati ucapan perasmian beliau seperti berikut:

Intipati ucapan PJ Tganu dlm msyrt agung PAS Kemaman, 18 Apr 15:

-Kita masih bersama dlm perjuangan, berada di atas landasan perjuangan PAS

-perjuangan Islam naik turun, tetapi Allah tetap menyempurnakan agamaNya.

-Janji Allah tetap benar.

-Hari ini kita bermuhasabah, supaya masadepan perjuangan Islam menjadi lebih baik.

-Di peringkat antarabangsa, seperti Mesir, gerakan Islam menghadapi ujian besar.

-Kita berada dlm gerakan Islam ini mencari redha Allah, ganjaran besar dari Allah terutama di akhirat nanti

-Perjuangan ini perlukan kekuatan dalaman yg digerak bersama dlm jemaah

-Dlm sejarah, Nabi SAW membina kekuatan di kalangan sahabat dari sudut akhlak dll

-Cabaran dlm perjuangan banyak. Cth di luarnegeri spt di Algeria, Palestin dll. Gerakan Islam yg menang dlm perjuangan melalui demokrasi tidak mudah diiktiraf oleh dunia.

-DSTG Presiden PAS diakui oleh gerakan Islam di prgkt antarabangsa.
-PAS pernah ditanya oleh pemimpin Spore dll ttg rancangan PAS jika berkuasa. Ini menunjukkan PAS berpotensi menang

-Dlm sejarah, ulama yg berjuang, tapi bila hampir menang, org lain yg diangkat

-Jgn harapkan org lain utk tegakkan dasar perjuangan PAS.

-Kitalah yg mesti menegakkan dasar perjuangan kita.

-Masadepan tetap untuk Islam. Cth Suraqah bin Malik dlm peristiwa hijrah. Nabi janji gelang Raja Rom, tapi hanya didapati di zmn Omar. Cth lain pembukaan Mekah selepas peristiwa Hudaibiah.

-Dlm memilih kepimpinan, kita ada amanah pilih pemimpin, jgn ambil mudah. ‘apabila diserahkan urusan kpd yg bukan ahlinya, tunggulah saat kehancurannya’

-Cth perlantikan Adam di bumi sebagai khalifah, para Sahabat berbincang ttg pengganti Nabi.

-Hanya Islam jadi penyelamat, hati2 dgn penyeru ke jln neraka

-Jgn perlekeh kepimpinan ulama dlm PAS

-Dasar Islam mesti dipegang

-Berbeza pandangan boleh, tapi jaga adab

-Raikan kepelbagaian dlm beri pandangan, tapi berhati2

-Yg penting jaga jemaah

-Pemimpin yg dipilih mesti mereka yg membawa kita ke syurga, mampu mengisi dalaman kerana perjuangan Islam perlukan kekuatan dalaman.

-Kemaman mesti pilih pemimpin yg jelas matlamat Islamnya

-Ttg PRU, jaga peranan, tugasan masing2
-Kemaman mesti perkukuh dan tambah kerusi utk menang
Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri,
TYDP PAS Kemaman
18 Apr 15

11.20 pagi

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu