Olimpik London 2012: Sukan @ Promosi Simbol Kejahatan?

mascot london olympic 2012Upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London disiarkan melalui pelbagai media, melambangkan sebuah temasya kononnya gilang-gemilang dalam sebuah acara sukan. Dalam Islam, sukan termasuk dalam perkara harus. Berenang, memanah disuruh oleh Nabi. Menunggang kuda biasa kepada para Sahabat. Musara’ah (bergusti) pernah dilaporkan berlaku di zaman Nabi. Tapi itu semua untuk apa? Kecerdasan dan kecergasan fizikal yang kemudiannya digunakan untuk memartabatkan Islam. Tidak ada kaitan langsung dengan meninggalkan kelebihan Ramadhan hanya kerana mengejar sebuah pingat emas. Tidak ada kaitan langsung dengan pembaziran stadium yang kemudiannya runtuh. Tidak ada juga kaitan dengan simbol-simbol musuh Islam.

Namun dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London, pelbagai simbol kejahatan ditonjol dan dipromosikan secara terang-terangan. Promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal seakan-akan mewarnai dan menjadi teras penting kepada pembukaan Sukan Olimpik 2012. Ini bukan kali pertama simbol-simbol ini dipromosikan. Perkara ini pernah dibincang banyak kali. Justeru, pembukaan Sukan Olimpik 2012 kali ini hanyalah memanjangkan sahaja simbol-simbol kejahatan ini buat ke sekian kalinya.

stop the massacre in syriaSukan Olimpik kali ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Umat Islam sepatutnya menumpukan kepada proses mendapat taqwa bagi kemudiannya menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Mereka sebaliknya disibukkan dengan perkara yang tidak sepatutnya. Sebahagian agenda musuh sudah tercapai. Ia juga berlaku dalam acara penuh warna-warni di saat warna merah darah umat Islam tumpah di Syria, Burma dan negara-negara umat Islam. Sukan Olimpik disambut dengan meriah di saat rakyat sesetengah negara sedang marah dengan pemimpin negara. Sukan Olimpik disambut dengan kegembiraan di saat rakyat Somalia atau Afrika sedang berpuasa dengan keadaan kebuluran.

Ia bukan soal Mr Bean atau James Bond, tetapi ia soal mascot berupa Dajjal, 2012 yang ditunjukkan sebagai ZION, pokok di stadium yang dikatakan pokok gharqad ( ? ), bentuk segitiga yang ada kaitan dengan illuminati dan lain-lain simbol yang sangat jelas. Ada yang menyebut ia sebagai konspirasi Illuminati. (Boleh buat carian youtube)

pokok gharqadSaya bukan anti sukan, tetapi saya anti musuh Islam: Dajjal, Illuminati, Freemason, Zionis, Majusi dan lain-lain. Setiap Nabi mengingatkan kaum masing-masing dengan Dajjal dan musuh mereka. Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya mengenai perkara yang sama. Di bulan Ramadhan ini, adakah kita menjadi umat Islam yang berTAQWA dari puasa kita atau terperangkap dalam agenda musuh antarabangsa, walaupun syaitan dari kalangan jin sedang dibelenggu?

artikel berkaitan:

Olimpik London: ‘James Bond’ dan ‘Mr Bean’ curi perhatian

  • Bernama
  • 10:19AM Jul 28 2012

Great Britain selaku tuan rumah mempersembahkan gabungan suasana tradisional dan moden bagi menggambarkan proses transformasi yang dilaluinya sebagai latarbelakang kepada acara pembukaan rasmi gilang-gemilang Sukan Olimpik ke-30.

Acara pembukaan bermula pada pukul 9 malam (waktu tempatan) di Stadium Olimpik yang boleh memuat 80,000 penonton yang terletak di Stratford, Timur London.

Ribuan peserta mengambil bahagian untuk membuat persembahan yang mempersonakan selama dua jam.

london olympics opening 2012 dancersDengan bertemakan ‘Isles of Wonder’, digambarkan transformasi yang dialami negara tersebut bermula dari zaman 
revolusi perindustrian di abad ke-18 sehinggalah ia mencapai pemodenan dan perubahan pesat.

Mengakhiri segmen pertama, lima bulatan yang melambangkan simbol Olimpik dinaikkan di tengah-tengah stadium sebelum ketibaan Ratu Elizabeth 11 pada 9.30 malam.

Persembahan seterusnya berupa kesenian moden dengan dua watak terkenal filem James Bond and Mr Bean mencuri perhatian.

Pada pukul 10.30 malam, perarakan kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian pun bermula didahuli oleh kontinjen Afghanistan.

Kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlet dan pegawai dengan diketuai Chef de Mission Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang,  Pandelela Rinong anak Pamg berarak lalu pada 11.13 malam.

Kontinjen Malaysia, bagi peserta lelakinya memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna ‘Harimau Malaya’ serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik London,   Sebastian Coe dalam ucapannya mengalu-alukan para peserta ke kejohanan terbesar dunia itu.

“Dalam tempoh dua minggu ini, kami akan menunjukkan bandar raya hebat London. London 2012 akan menyaksikan yang paling terbaik daripada kita.” katanya.

london olympics opening 2012 stadiumPresiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge 
pula mengucapkan tahniah kepada London yang menerima kunjungan dunia.

“Di sinilah lahirnya sukan moden. London menjadi bandar raya pertama secara rasmi yang menganjurkan Sukan Olimpik moden sebanyak tiga kali, terdahulu pada 1908 dan 1948,” katanya.

Ratu Elizabeth kemudiannya merasmikan pembukaan Olimpik London.

Pemenang pingat gangsa acara taekwondo wanita pada Olimpik Beijing 2008, Sarah Stevenson mengangkat sumpah bagi pihak atlet.

Selepas dibawa hampir 12,800 km, obor Olimpik akhirnya dibawa memasuki stadium pada 12.35 pagi.

Sekumpulan tujuh orang atlet muda Britain kemudiannya membawa obor di sekeliling stadium dan menyalakan kawah obor Olimpik.  Maka bermulah Sukan Olimpik London.

– Bernam

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu