Nota Tatabahasa Arab (Nahu Dan Sorof-Pondok Tuan Hj Ali, Kg Siliau) PDF. Muatturun di sini.

Saya banyak menerima email bertanyakan tentang nota bahasa Arab khususnya Nahu Sorof yang saya pelajari ( http://www.niknasri.com/?p=1365) dengan almarhum Tuan Guru Haji Ali di Pondok Kg Siliau, Negeri Sembilan pada tahun 1988. Nota itu asalnya pengajian Nahu dan Sorof yang disalin dari papan hijau tulisan almarhum yang biasanya datang hanya bertongkat tanpa buku tetapi terus menulis pada papanhijau. Saya susun balik nota tersebut dengan beberapa perubahan atau tambahan. Nota itu kemudiannya saya jadikan bahan pengajaran kursus Bahasa Arab di Kemaman mulai tahun 2000 hingga sekarang, dengan pelajar yang punya pelbagai latarbelakang pendidikan. Ada jurutera, guru, doktor, juruteknik, bidang farmasi, pensyarah, surirumah dan lain-lain.

Email itu ada yang saya sempat balas dan banyak juga yang terlepas pandang. Ada yang saya sudah poskan nota itu dan ada yang terbiar begitu sahaja. (Sesiapa yang ada membayar untuk nota tetapi tidak dapat nota, sila emailkan kepada saya). Justeru, saya mengambil keputusan menjadikan nota itu dalam bentuk PDF (melalui scan) dan disediakan di sini supaya mudah dimuatturun oleh mereka yang berminat menyimpannya atau menjadikannya sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran.

Nota ini tidak jauh bezanya dengan nota lain. Kaedah tetap kaedah. Fakta tetap fakta. Yang berbeza ialah approach atau pendekatan, cara menyampaikan atau cara memberi kefahaman kepada pelajar sehingga mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat dari pembelajaran Tatabahasa Arab ini. Pengajaran ini saya simpan dalam bentuk MP3. Juga yang penting ialah Istiqamah dalam belajar. Moga bermanfaat dan menjadi pahala buat saya dan almarhum Tuan Haji Ali dan gurunya di Akhirat.

Nota 1

https://drive.google.com/file/d/0B5Zk7PS_5gugdnhCbEMyMmsxb2hjclcwd3FNR3ZfaUtodS1v/view?usp=sharing&resourcekey=0-eJWNnUsdFl03dIshTCeWGw

Nota 2

https://drive.google.com/file/d/0B5Zk7PS_5gugVmxMRnpfTW83WXZlSHNOSXgyckVaQVl2RFFR/view?usp=sharing&resourcekey=0-V_tWf3g5msihxJ7uu7wb_A

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu