minhajul abidinAlhamdulillah, kitab MinhajulAbidin karangan Imam Al-Ghazali mula dipelajari seawal tahun 80an ketika masih di bangku sekolah menengah. Kitab dalam bahasa jawi lama dipelajari dari beberapa orang guru. Ia berterusan sehingga kitab asal dalam bahasa Arab dipelajari ketika mengaji di pondok.

Setelah pulang ke Malaysia akhir tahun 1999, kitab ini belum diajar. Selesai mengajar kitab KifayatulMuhtadi, saya ambil keputusan untuk mengajarkan kitab yang pernah dipelajari ini semenjak 30 tahun lepas. Cuma kitab yang dijadikan teks sekarang dalam tulisan rumi oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut. Ia disertai dengan pelbagai tambahan lain seperti huraian, nota kaki, biografi tokoh tertentu dan beberapa perkara lagi.

Saya jadikan kitab ini sebagai teks kuliah saya untuk program muslimat setiap petang Isnin bermula 18 jun 2012 (28 Rejab 1433H). Kuliahnya insyaAllah akan diupload dari semasa ke semasa.

tambahan rujukan: [download id=”965″] , Kitab MinhajulAbidin: Sumbangan Pemikiran Al-Ghazali Dalam Pembentukan Akhlak Masyarakat Masakini , [download id=”966″]

Share: