Meniti Usia 54 Tahun: Muhasabah Buat Diri

Seperti orang lain, ramai yang mengucapkan sanah helwah bila tarikh lahir, bulan lahir muncul kembali. Namun, tentunya tahun sudah berbeza. 18 Februari tetap 18 Februari, tetapi ia tidak lagi menjadi 1967, sebaliknya 2021. Tempoh 54 tahun tidaklah lama sangat sebenarnya. Bangun, bekerja, tidur habis satu hari, kemudian seminggu, selepas itu sebulan, akhirnya tahun.

Di akhirat, seseorang akan rasa hidupnya di dunia amat singkat berbanding hidup di akhirat. Mungkin hanya beberapa saat, minit atau jam. Di saat itu, dia menghadapi suasana mahsyar yang amat dahsyat, tidak ada tolok bandingnya. Bagi orang kafir yang syirikkan Allah, tidak bertuhankan Allah, merasa amat lama di mahsyar, tenggelam dalam peluh, dalam azab yang tak tertanggung. Bagi seorang mukmin, hidup di akhirat tenag, relax, tidak lama. Yang terpilih, rehat di bawah naungan Arasy Allah Taala.

Kehidupan di akhirat boleh dilihat melalui carahidup seseorang di dunia. Kalau dia ada ilmu, iman, amal, insyaAllah dia akan tenang di sana, walaupun tanpa ucapan ‘sanah helwah’ atau ‘happy besday’ (birthday). Kalau ┬átiada ilmu (khususnya ilmu bermanfaat untuk dunia dan akhirat), tiada iman (atau iman yang senipis kulit bawang), tiada amal (atau amal yang sedikit), belum tentu dia selamat di sana.

Hari ini cukup 54 tahun dengan kiraan tahun Masehi. Kalau tahun Hijrah, sudah lebih lagi tentunya. Ayah sudah pergi lebih dahulu. Ibu masih hidup dengan umur 74 tahun. Masing-masing membawa amal dan bekalan masing-masing. Insaflah wahai diri.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu