Liqa’ Fikri Indera Mahkota Mengenai Maqasid Syariah
Saya bukanlah orang terbaik menyampaikan tajuk tentang Maqasid Syariah, namun permintaan dari PAS Indera Mahkota untuk saya bentangkan tajuk ini tidaklah saya menolaknya.
Saya benntang berdasarkan apa yang saya catat dan faham dari Liqa’ Fikri PAS Pusat tempohari, di samping berbekalkan sedikit ilmu dari pembelajaran saya ketika di Jordan mengambil BA Syariah dan MA Syariah dengan pengkhususan dalam bidang Fiqh dan usul.
Tajuk Maqasid Syariah ada kaitan dengan Usul Fiqh. Ia kemudiannya menjadi ilmu dan kajian yang agak tersendiri. Termakasih kerana menjemput saya untuk membentangkan tajuk penting ini.