Liqa Fikri DUN Cukai: ‘Kekalkan Chukai PRU14’

liqa fikri1Sempena sambutan 55 tahun PAS Kemaman, PAS DUN Chukai mengadakan liqa fikri khusus bagi peringkat DUN Chukai dengan tema: ‘Kekalkan Chukai PRU14’. DUN Cukai satu-satunya DUN dalam daerah Kemaman yang dimenangi oleh PAS melalui YB Hj Hanafiah dalam PRU13 yang lepas.

Liqa Fikri diisi oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya BPPNT YB Hj Aripin Deraman yang mengupas tentang gerakerja pilihanraya dan analisa daftar pemilih dan lain-lain, YB Ust Nasarudin Hasan, Ketua Penerangan PAS Pusat yang mengupas tentang Istiqamah dalam perjuangan sebagai motivasi kepada pendokong PAS dan YB Ust Khairudin Aman Razali, Ketua Penerangan DUPP mengupas isu 1MDB, GST dan beberapa isu nasional.

Kehadiran lebih 300 orang dari seluruh cawangan di DUN Chukai meliputi AJK Cawangan, UPU, Ulama, Pemuda, Muslimat, Ameerah dan lain-lain.

Gambar lain:

liqa fikri2liqa fikri3

liqa fikri4liqa fikri6

 

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu