konvoi1Sebanyak 40 buah kenderaan 4×4 PAKAT mengambil bahagian dalam konvoi sempena sambutan 55 tahun PAS Kemaman. Konvoi ini bermula jam 8 pagi di bandar Chukai, menuju ke Kuala Kemaman, kembali ke arah barat menuju Surau Jabur Kubur dalam UPU Gong Limau untuk membuat pembahagian kepada 25 orang miskin. Konvoi kemudiannya menuju Masjid Kg Pasir Minal.

Presiden PAS, DSTG Hj Abdul Hadi berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal mengenai hijrah Nabi SAW dan pengajarannya. Masjid juga melancarkan Dana Pembangunan Dan Pendidikan di bawah kelolaan Masjid Kg Pasir Minal.

Selepas Jumaat, DSTG Presiden PAS melepaskan konvoi menuju ke Cheneh dalam DUN Air Putih untuk membuat pembahagian kepada fakir miskin di sana sebelum pulang ke Dataran Kg Mak Cili.

Konvoi diteruskan keesokan harinya bagi melengkapkan 2 lagi DUN iaitu DUN Kijal dan DUN Kemasik.

konvoi1konvoi3

konvoi5konvoi4

konvoi6konvoi8

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu