BaiahSekarang akhir bulan Zulqaedah. Orang bercakap tentang korban dan pengorbanan Nabi Ibrahim, serta ibadat haji. Dalam sirah, Nabi SAW mengambil peluang dengan kedatangan jemaah haji dari kalangan qabilah Arab ke Mekah menawarkan Islam kepada mereka. Pelbagai respon diterima.

Pada tahun ke 11 kenabian, Baginda bertemu dengan sekumpulan puak Khazraj di Aqabah. Ia menjadi titik mula mereka masuk Islam, seterusnya berbaiah dengan Nabi dalam peristiwa Baiah Aqabah pertama, kemudian Baiah Aqabah kedua pada tahun berikutnya. Baiah bukan sebarang baiah. Janji bukan sebarang janji. Ia adalah baiah dan janji membantu Nabi SAW bagi memperjuangkan Islam dan menegakkannya dalam bentuk yang lebih besar. Saya berkhutbah di Masjid Kampung Pasir Minal, Kemaman pada hari ini, Jumaat 11 Sept 2015:

[download id=”1441″]
Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu