cinta Nabi(kemaskini 17 Jan 2015= 26 RabiulAwwal 1436H)) Saya mengambil kesempatan berkhutbah Jumaat  mengajak para jemaah membesarkan, mengagungkan, menyintai dan menuruti Baginda Muhammad SAW.

Kelahirannya bukan sebarang kelahiran. Kedatangannya bukan sebarang kedatangan. Kelahiran dan kedatangan yang mengubah dan membawa wajah baru, bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam.

Kehebatan Baginda membuatkan saya berselawat kepadanya di celah-celah khutbah itu. Ketika berselawat itulah, seakan-akan terbayang di hadapan saya dari atas mimbar itu maqam Baginda. Ia tidak begitu jelas, tidak pula terlalu kabur. Ia datang dari jauh, makin dekat, kemudian menghilang. Ia berlaku hanya beberapa saat. Saya sedar selawat kepada Baginda disampaikan kepadanya, tetapi fenomena ini kali pertama dalam hidup saya. Sallallahu alaika Ya Rasulallah!

Khutbah Jumaat:¬† [download id=”42″]

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu