Jawapan Penggulungan DSTG Presiden PAS Dlm Muktamar Tahunan Ke 62

Ust Alias, Ust Nik, Md HafizSeperti biasa dalam pelbagai program PAS, termasuk Muktamar Tahunan, saya mencatat beberapa butiran dan ringkasan dari ucapan penggulungan Presiden PAS, DSTG Hj Abdul Hadi Awang di akhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 62. (Gambar hiasan: Dari kiri: Ust Alias, YDP PAS Kemaman, Sdr Md Hafiz Adam, SU, Ust Nik Nasri, TYDP PAS Kemaman)

Saya kongsikan supaya saudara juga dapat manfaatnya:

Jawapan Penggulungan DSTG Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 62:

al ahzab 72

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah  kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan
Al-Ahzab 72

Kita diamanahkan pikul tugas yang besar, berkait dengan politik, perintah negara, bukan amanah hanya simpan duit. Jika dikhianati, binasa semuanya.

Amanah perintah negara diletak senarai pertama dalam golongan dapat lindungan Arasy.

7 golongan di bawah arasy

Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi SAW bersabda
7 golongan manusia mendapat naungan Arasy Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya: Pemerintah yang adil, pemuda membesar dalam beribadat kepada Allah, seorang yang hatinya bergantung kepada masjid, 2 lelaki berkasih-sayang kerana Allah; bertemu dan berpisah keranaNya, seorang yang diajak berbuat jahat oleh seorang perempuan berpangkat dan cantik, lalu dia berkata: ‘saya takut kepada Allah’, seorang yang bersedekah, sehingga tangan kanannya tak tahu apa yang diberi oleh tangan kiri dan seorang yang ingatkan Allah hingga mengalir airmatanya.’ muttafaqun alaih.

Dalam hadis di atas disebut pemimpin adil,  iaitu adil dengan berdasarkan syariat.

Para nabi berdakwah dan berpolitik, sejak Nabi Adam, menjadi khalifah dengan erti’ tegakkan Islam dan urus dunia berdasarkan Islam’ . Nabi ajak rakyat, juga berdepan dengan raja dan pembesar.

Teori politik pisah dari agama sebenarnya dari Injil yang dipinda:

‘Biarkan untuk Allah kepada Allah, untuk Kaisar kepada Kaisar’

Kalau penganut Kristian makan babi, Nabi Isa tak makan babi

Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) adalah merujuk kepada sirah Nabi di peringkat Makkiyyah dan Madaniyyah, membuat hubungan dengan kaum, juga keluarga yang tidak Islam, beramal dengan konsep himayah (penduduk setempat beri perlindungan kepada seseorang, tidak boleh diganggu oleh orang lain) istianah (minta bantuan kafir) dan di peringkat Madaniyyah dengan mengadakan tahaluf, sulh, hudnah dan banyak istilah lagi.

Khulafa arRashidin menyambung tugas Nabi, termasuk di zaman Umar bin Abd Aziz yang sangat hebat dalam sejarah.

Zaman kita sangat  mengelirukan, seleweng dari agama. Nabi beri amaran tentang datangnya tahun-tahun yang menipu, dikhianati orang yang amanah, orang yang jahil bercakap. Benarlah Nabi yang bercakap. Justeru, kita berpolitik dengan BPMS.

Gerakan Islam hadapi campurtangan antarabangsa.Christiaan Snouck Hurgronje pernah menyebut bahayanya ulama yang mempunyai doktrin politik berbanding ulama yang hanya mengajar ibadat seperti haji.

Setengah gerakan Islam mengambil pendekatan yang teruk. Ada gerakan Islam takut nak sebut untuk tegakkan Islam dan syariat.

Kita baru hayati Isra mikraj, ditunjuk kepada Nabi supaya kumpulan dan gerakan Islam tidak rasa takut kepada kerajaan manusia, dan bahawa kerajaan Allah lah paling hebat. Kerajaan di dunia hanya seperti habuk.

PAS kena ada jatidiri-dasar, matlamat adalah perkara tak berganjak (thawabit), serta boleh bertolak ansur dalam perkara mutaghayyirat, (perkara cabang terima perubahan), wala’ dan taat setia kepada jemaah.

Nabi tegur Hatib bin Abi.Baltaah yang membocorkan rahsia kepada kaum keluarganya. Allah turunkan ayat supaya tak ambil kafir jadi wali/pemimpin. Mereka yang tidak wala’, samada keluar atau ditendang keluar.

Perkara yang ada nas tentang halal, haram tak dicanggahi. Perkara yang tiada nas, patuh keputusan yang telah dibuat. Konsep solat jemaah mengajar kita konsep berjemaah dan berpolitik.

Dalam berjemaah, perlu fahami erti taat. Bila parti letak calon, taatlah.
Contoh dalam sirah, Perang Zaatulsalasil, Nabi lantik Amr bin Al As. Dia buat beberapa perkara yang kelihatan salah tetapi sebenarnya betul dari segi strategi. Sahabat tak puashati dengan tindakan Amr bin Al As. Mereka mengadu kepada Nabi. Lalu Nabi bertanya Amr bin Al As. Belisu jawab dengan beri alasan. Nabi membenarkannya.

Kita terima keputusan parti letak calon.

Nabi iktiraf kebaikan orang lain walaupun musuh. Contoh, Operasi masuk ke Bani Tai. Bila dapat tawanan, dibawa pulang. Nabi tahu itu Bani Tai, lalu dilepaskan kerana Bani Tai pernah bantu Nabi.

Pendekatan Nabi ketika buka Mekah-maafkan semua orang.

Kemenangan bukan bertujuan menbalas dendam, tapi nak tunjuk kebaikan Islam.

Strategi kita ialah meramaikan rakan yang ada titik persamaan dengan kita.

Kita menghadapi golongan Melayu yang terkesan dengan penjajah.
Allah berfirman:

Maksudnya: “Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; Fatir 32maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).” Fatir 32

Kita berdepan dengan Melayu yang jahil tapi ada juga sayang Islam. Mereka hina hudud tapi solat. Mereka pergi umrah tapi tolak hukum syarak lain.

Masyarakat bukan Islam
Kita datang  dari Adam dan Hawa, diajar supaya taaruf, jalin hubungan.

PAS kena jadikan masyarakat majmuk Malaysia sebagai masyarakat yang adil, sejahtera, rahmat

Usul Pinda Bidangkuasa Mahkamah Syariah
Kita kemukakan bacaan kali ke 2  Oktober nanti. Usul ini menaikkan taraf mahkamah syariah.
Perkara yang berkait dengan.hudud telah dibentang lama sebelum ini. Kita buat dialog dengan pelbagai pihak sehingga mereka faham.

Perlembagaan Malaysia dibuat melalui suruhanjaya Reid. Kumpulan Islam bantah. Ia  dipimpin oleh PAS. Minta letak Islam dalam perlembagaan. Namun bidangkuasa berkait Islam terbatas.

Kalau ikut peraturan Parlimen, usul mesti dikemukakan 14 hari sebelum sidang Parlimen. Usul dihantar 23 April. Ia tiada kaitan dengan kemalangan helikopter atau pilihanraya kecil. Ada kalangan ribut dalam Parlimen,, konon ini berkait dengan. PRK.

Kita pernah kemukakan usul ini semenjak lama, banyak prosedur mesti dilalui.

Kalau hal berkait dengan Jambatan Pulau Pinang boleh berunding, kenapa kami tak boleh berunding hal orang Islam. Kenapa orang bukan Islam sibuk dengan hukum Islam?

4 kategori bukan Islam dalam negara Islam. Dalam PAS ada Dewan Himpunan Penyokong PAS. Kita bpleh letak mereka dalam salah satu kategori. Ini ijtihad.

Kita akan terus tangani isu-isu ekonomi dan lain-lain yang merosakkan negara.

Catatan:
Usaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan
Ketua Lajnah Media Baharu DUPNT

PUTIK, Kelantan
Jumaat 3 Jun 16
1.05 tengahari

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu