Isu MB Selangor: Solidariti Dengan Presiden PAS

solidarity TGHHIsu Menteri Besar Selangor berlangsung agak lama dan panas

Ada yang tidak sabar, gelojoh dan terlebih deras

Ada yang lebih sudu dari kuah, tak reti adab dalam mengupas

Ada yang wala’nya bukan pada jemaah tapi bos di luar PAS

Akhirnya khianat parti, amanah dan tugas

Ada yang digelar munafiq haraki, kononnya ideanya lebih bernas

 

Alhamdulillah mesyuarat AJK Pusat 17 Ogos selesai sudah

Jawapannya sudah diberi, mudah-mudahan menjadi mudah

Bagi ahli PAS, dalam perjuangan mesti sabar, wala’ kepada pemimpin dan istiqamah

Siapa yang nak jadi luncai, akan terjun dengan labunya dalam laut, dia sanggup redah

Kepimpinan ulama kita dokong dan dengan parti kita berbai’ah

Kepada rakan dalam Pakatan, lepas ini tolong jangan buat kerenah

 

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu